JellyPages.com

Wednesday, June 15, 2011

Kahwin.. kahwin

Lamanyer tak menulis kat blog. Busy sgt melayan si kecik tu. Dah macam2 perangai dah yang dia buat. Tak nak tdo malam la... tdo xnak bangun2 la.... Tapi kali ni nak bercerita pasal kenduri kawin la.

4 Jun 2011
Wedding nephew aku... kirenya perkahwinan cucu pertama mek la (bkn cucu sulong). Kenduri bertempat di Greenwood, sekitar rumah aku je. Disebabkan rumah aku berhampiran je, jadi kami bertolak sendiri. Byk sgt benda xbest aritu.... memula masuk kete, kete berbau busuk giler. Seperti biasa En. Hubby marah2 kat aku. Bila aku call my sister, dia ckp pengantin xsampai lg, so.... aku pun g cuci kete dulu. Tapi bau tetap xhilang. Selepas itu kami bertolak ke rumah pengantin perempuan... terlepas simpang, En. Hubby kata hujung pun leh masuk jgk... end up, kami sesat. En. Hubby ngamuk2 sbb jalan kecik. Pastu masuk satu simpang.... and mmg dah jalan mati yg kecik. Tgh elok2 nak reverse tu "BANG!" En. Hubby terlanggar pagar. Nasib sikit jer.. tapi tercalar jgk la. Aku jgk yg kene ,arah... sbb kete bau busuk. Boleh ke?? hehe...

BK tercalar


My nephew & wife


11 Jun 2011
Kali aku terpaksa merajuk, ngamuk2 ajak hubby ke kenduri kahwin kawan seangkatan masa kat Sapura. Ini gara2 takut si kecik ni demam. Nasib En. Hubby akhirnya lembut hati... Memula kitorg iaitu aku, linda, emmy, nazri konvoi dari Tol Jalan Duta ke Klang. Akhirnya kami sampai ke rumah Abg Halili. Cuaca agak panas, orang pulak tgh sesak... risau lak si kecik tu ngamuk. Nasib Aql Firas tu tdo je...

Selepas menjamu selera ala kadar, kami pun bertolak ke kenduri Fazlan. Kali ini kami xkonvoi bersama kerana pada mulanya Hubby dah xlarat sbb panas........ Kawan2 yg lain sudah pun bertolak semasa kami sedang berbincang samada nak pergi atau tidak. Tapi sbb sayang bini, akhirnya kami pun set GPS ke Dewan Guthrie. Dan akhirnya kami sampai..... tapi diorg tersangkut kat jem yg teruk. Tunggu punya tunggu.... diorg xsesampai. Kat sana aku hanya jumpa Dee, Hedri, Jabbar & Siti Noor. Selepas makan, borak2, bergambar....

Pengantin yg nakal.


"SEMOGA KEKAL BAHAGIA BUAT KETIGA-TIGA PENGANTIN"

No comments:

Post a Comment