JellyPages.com

Tuesday, July 15, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak

Assalamualaikum..... fuhh!! fuh!! cukup lama xmengupdate blog ini. Tapi xkisah la... xde sape menunggu... hehehe... nanti mau buat marathon masukkan semua peristiwa... INSYAALLAH!!
Kepada semua umat ISLAm diluar sana... selamat menjalani ibadah puasa!! Semoga semua amlan kita diterima Allah. Amin ya rabbal alamin...


owh yer!! Sila jenguk blog kecantikan i kat sini yer:

http://bunnyqueenbee.blogspot.com

Wednesday, May 29, 2013

My 4th Annyversary

Assalamualaikum........ wah lama giler xtulis dalam blog ni. almaklumla dah bz sangat.
 
Actually my anny dah lama dah, 07 March 2013. tapi disebabkan xde masa nak update, so I will update ape yg dapat diingatia je la.
 
Actually we all tak plan ape2 pun... cuma hari tu disebabkan bgn pukul 7.30am maka secara automatiknya kitorang pun EL. hehehe...


Mommy and Aql going out with Daddy
Agenda pertama, pergi bekfes since dah bersiap untuk ke office. Just mekap2 sikit. Tadaaa.. siapkan Aql dan we all pun bersiap keluar breakfast kat mamak aje.


Aql is having breakfast.
 Aql tengah menyepahkan kedai makan macam biasa. Sangat tak suka makan tapi sangat suka menyepahkan makanan.
 
Dah abis makan dan tengok Aql sepah makanan, kami pun bergerak ke One Utama... Nak tengok movie, nak tengok movie... hehehe. Kami adalah orang terawal yg sampai. Layankan Aql berjalan sana sini.


Cubaan nak drive, tapi kereta kene gari lagi.


Aql dan teletubbies.. cubaan menyanyi bersama.

Happykan bila tengok anak gembira. Walaupun our anniversary, tapi tumpuan lebih diberikan pada buah hati kami yg sorang ini.. Dan we all pun beli tiket tengok cerita.... ape ek? hahaha.... tua sudah. Haaaaaaaaaa... Iron man! Sementara menunggu nak masuk cinema, kami layan Aql bermain kat indoor playground selama sejam lebih.
 
Tadaaaa.... masa menonton. Syyp!! Aql akhirnya tewas selepas separuh jalan. tidur dengan lenanya.. Alhamdulillah, dapat menonton secara tenang. hehehe.......


3 of us.. watching movie
 Selepas menonton, aku hadiahkan Daddy pen. Ini semua kes dia pernah merungut pen asek hilang. Ini aje termampu.


For him.

Tamat!
 
Ini aje la sambutan kami pada hari tersebut. Doaku pada Ilahi, Semoga perkahwinan kami sentiasa diberkati dan dilimpahkan rahmat, rezeki, dan dilindungi oleh Allah s.w.t

 
"YA ALLAH, KAU JAGALA RUMAHTANGGA kami SEMOGA MENDAPAT RAHMAT DARIMU"

Thursday, January 24, 2013

Bukan rezekiku.....

Assalamualaikum...
(Woiiiii... ini cerita sudah basi la!! Haha... tapi tetap mahu selitkan jugak, buat tatapan dimasa hadapan)
 
23 sept 2012, seperti biasa checkup untuk 2nd time tapi disebabkan aku bleeding agak teruk kali ni... Seperti satu tamparan hebat bila doktor scan, hanya ada "karung" yg tiada berisi.  Kemudiannya satu temujanji dibuat utk melakukan DNC keesokkan hari di kliniknya.

24 Sept 2012, Me & Hubby ke klinik doktor tersebut yg terletak tidak jauh dari rumah kami. Walaupun sakit, takut dan sedih... Aku masih sempat nak melawa. Xcaya? tgk la gambar aku kat bawah ni... Weee!!
Ala-ala syok sendiri tau pakai cantik2. Cantik x? Hahaha...
Perasaan time ni? xpayah nak cakap la. Jantung berdegup kencang, tangan sejuk menggigil tapi alhamdulillah Hubby tetap disebelah memberi kata-kata semangat buat ku.... Setelah menunggu hampir dua jam, aku diberi makan pil, setengah jam kemudian darah mula mengalir dan aku dibawa masuk ke ward di masukkan ubat dan diberi sepersalinan baju.
Inilah ward sementara menunggu waktu dan saat untuk 'melepaskan' ia.

Tadaaa! Set persalinan sebelum dipengsankan.
 
Setelah hampir 3 jam iaitu 4.20pm, aku dibawa ke bilik operasi dan dicucuk ubat tahan sakit dan ubat tidur. Sesedar jam sudah menunjukkan pukul 7.45pm. Aku dipapah ke kereta. Alhamdulillah sakitnya tidak sesakit yg aku fikirkan..

Semasa didam ward sempat aku meminta maaf dgn adik andai ada kata2 dan perbuatan aku yang menyebabkan adik xlama didalam rahim aku. Semoga ini adalah terbaik untuk kami sekeluarga kerana Allah lagi mengetahui ape terbaik untuk hamba2nya....
 
"YA ALLAH, ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBA MU... AKU REDHA DENGAN SEGALANYA..........."


Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua.... wah!! Dah berhabuk, bersawang dan bermacam2 ber lagi la... Lama giler tak meng'update' blog ni...

Alasan biasa adalah :
1. Malam hari : Tiada masa disebab malam aje busy ngan aktiviti housewife
2.Siang hari :  Busy ngan keje.. tambah kat opis memang blog di'BLOCK'.. so tiada masa la maksudnya tu.
3. Weken : Weken pulak??? Seminggu ada 6 hari bekerja... Ahad tu la semua benda nak buat. Nak bwk Aql jalan la, keluar shoppingla...


Selamat MENYAMBUT MAULIDUR RASUL kepada semua umat Islam. Teringat zaman sekolah dan belajar ada sambutan... meriah sangat dapat selawat beramai2... tapi esok?? Adalah BEKERJA!!!

Banyak sangat nak update ni.. tapi len kali la yer. See yaa!!

Saturday, September 22, 2012

Wedding Marissa & Hidayat

Tanggal 8 Sept 2012 adalah tarikh keramat buat Marissa & Hidayat. Setelah dihalangi berbagai cabaran dan dugaan sepanjang tempoh beberapa tahun perhubungan, akhirnya jodoh tetap milik mereka.... bak kata pepatah "kalau dah jodoh tak kemana".
 
Alhamdulillah... bersyukur sangat akhirnya mereka disatukan didalam majlis yg cukup indah dan sempurna. Jom kite tgk gambar!!
 

7 Sept 2012
Khatam Al-Quran & Karaoke
Manis aje bakal pengantin di malam Khatam Al-Quran kan?

Dengan pakaian serba putih.... Suci sangat!!

Posing2 time untuk pengantin.... Sekali seumur hidup aje kan?
Ape lagi?? Lepas khatam Al-Quran, bermula la majlis berposing2 seorang diri bakal pengantin perempuan ni... Bukan selalu leh wat aktiviti ni kan? Cantik...........

Jom nyanyi! Hubby memang minat nyanyi walaupun suara biasa2 aje..
Orang sibuk bergambar kat dalam, hubby dah sibuk berkaraoke bersama anaknya kat depan. Hehehe... nyanyi la selagi mau b!! Kat umah kite xde set karaoke... hehehe.. lepaskan la gian kamu tu... hehehe....
I pun nak jgk interframe... Bergambar dengan Irah (youngest SIL) dan my cutie pie.
Mommy pun nak jugakkkkkkkkkk... dah memang i ni kaki bergambar. hahaha... sendiri offer nak ambik gambar tau x? Penat Mommy mekap2 malam tu... hahaha....
 
Day after...
8 Sept 2012
Seri pengantin jelas terpancar kan?
Cantik kan andam ni mekap dia? Naik seri wajah... Mekap pun xover, cukup untuk buat pengantin kelihatan berseri... Opss!! Ini gambar baju akad nikah.. Sweetkan dia?
Semoga dapat jadi "Suri" di hati suami

Dah sah jadi suami orang tu!! Harap dapatla bimbing keluarga ke jalan yg diredhai Allah. 

Semoga dapat jadi "Pemimpin" keluarga
Dah sah jadi isteri orang!! Weehuuuu!!! Tanggungjawab pun bertambah... Harap dapat jadi isteri dan ibu yg sempurna buat suami & bakal anak2 ok?
My BFF during ASASI dulu... tapi sorang xdak! We are totally diff but still can be a good friend until now.
Memang aku dah sangka pun Amie akan datang!! Hahaha... rumah mertua dia dekat aje. Tgk masing2 ngan anak dan anak2.. kalah aku.. Nak kejar ke x?? Hehehehe....

Ok! Ok! I perasan cun lepas touch up sendiri. Hehehe... tapi xnampak pun kan?
Cun x? Cun x? Jawapan hanya "Ya! Cun sangat!". Hahaha.... Xnampak baju yg cantik tu..

9 Sept 2012
Melaka

Ahmad Aql Firas & Aqeel Zayyad
Ini lak gambar dua budak cute... nama sama tapi ejaan lain. Mak pun nama nak sama Noor Azidah & Nor Azlida. Hehehe... My BFF since 14 yrs old. Disebabkan mak2 dah berpakaian xlawa, so ambik gambar anak jerla... Singgah Melala on the way balik KL lepas majlis esoknya..

15 Sept 2012
Majlis Bertandang

Majlis bertandang di Felda Kahang.
Ayah tengah sakit perut... Kesian dia xdapat nak meraikan dengan gembira sbb menahan sakit perut yg agak teruk.
Berarak ke rumah pengantin lelaki.. itu mertua i. Cantikkan dia?

My sweetheart.... Love u both!!


"CINTAI & SAYANGI PASANGAN ANDA... JANGAN PERNAH CUBA MEMBERI RUANG UNTUK MENCINTAI INSAN LAIN" 



 

Monday, September 10, 2012

Persinggahan di Terengganu

Peewiitt!!! Selesai sudah beraya kat kampung sampai raya ketiga. Suka yang amat sangat... Hari raya ketiga bersamaan 21 Aug 2012 kami bertiga bertolak balik ke Kuala Lumpur. Memang dah dirancang untuk singgah bermalam di Terengganu.

Selepas selesai makan open house kat umah my sister, kami teruskan perjalanan kami... Keadaan jalan?? Boleh tahan la jammed... Mungkin orang masih sibuk nak beraya kan? Tapi kami tetap bersabar didalam kereta yg bergerak perlahan2 berpandukan GPS.

Setelah hampir 6 jam, barulah kami sampai di Kuala Terengganu area Pantai Batu Burok. First destination check in Chalet Pantai Batu Burok. Arghhhhhh!! Semua full. Last minute plan... mmg kami tak booking awal2. Last sekali kami dapat satu hotel area Pantai Batu Burok jugak Ming Star Hotel. Okla... not bad. Bolehlaaaa... walaupun tepi jalan raya. hehehe....


Okla. Jom tgk gambar aje la...

Kepenatan mengamuk kat rumah mama (my sister). On the way ke Terengganu.
Me & hubby. Qeqe kan tido kat belakang tu.
Gelagat kecik kat KFC. Singgah makan di Kuala Berang
Dua-dua baru bgn tido. Baru nak masuk ke Taman Tamadun Islam
Nak masuk Taman Tamadun Islam kena ada passport tau. Ini la passport kami.
Naik TTI River Cruise

Always busy with his own agenda. Makan dulu sebelum masuk melihat replika2 Masjid.

One happy family
Us again
Again
Nak mandi, tapi rupenya kat Pantai Batu Buruk ni xboleh mandi.
Having a great time

Ohh no!! Mandi ngan ais kat kedai makan..OTW balik KL..
 Ini aje la pecutian/persinggahan dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Niat nak mandi pantai xkesampaian. Tapi tetap hepi melayan buah hati bermain.

"Love u is a must!"

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012

SELAMAT HARI RAYA semua.... Assalamualaikum!!
 
Amacam sambutan raya korang kali ini? Banyak xberhabis untuk raya? Banyak dapat duit raya? Banyak bagi duit raya? hehehe..... Hari raya ni, budak2 la yang paling hepi kan? Yerla.. dapat kutip duit raya... 
 
Sambutan raya tahun ini memang penuh makna utk kami sekeluarga.
 
Sebab pertama adalah :
JENG...JENG...JENG....
 

I'm pregnant!!
Alhamdulillah.... rezeki bulan puasa. Hehehe... Rancangan asal nak preggy lepas Ahmad Aql Firas berumur 3-5 tahun. Tapi bak kata orang, REZEKI jangan ditolak. Kami sekeluarga sangat gembira!!
 
Sebab kedua adalah :
BERAYA DI KELANTAN =)
 


Gelagat Mommy & Aql yg gembira dapat balik Kelantan
 

Bergaya dengan Rayban Daddy selepas muntah


Seronok bukan main tau! Yerla bukan selalu dapat balik kampung Kelantan. Almaklumla... busy dan kene berlaku adil untuk dua family. Bukan main gembira Aql dalam perjalanan pulang ke kampung... gembira sebab naik kereta bersama Mommy & Daddy bukan dia paham balik kampung pun lagi. Kami bergerak dari Sri Gombak pada 18 August 2012 jam 10.00am dan sampai di rumah bonda sekitar jam 8.00pm. Kirenya perjalanan kali ni tidakla jem sangat. Sepanjang 10jam perjalanan, Aql Firas muntah 2 kali, mungkin sebab mabuk dengan jalan yg tidak sekata dan Daddy yg tetiba mood racing. Tapi Alhamdulillah, lepas muntah, Aql Firas ok aje. Singgah masjid solat dan mandi sebelum meneruskan perjalanan.
 
Sebab ketiga adalah :
BERAYA bersama FAMILY
 

10.30am masih tido
 
Inilah anak teruna yang masih kepenatan sebab malam tadi mengamuk sampai 3.30am. Orang lain semua dah siap berpakaian cantik, dia masih tido. Hehehe.... Tapi disebabkan Mommy xsabar nak tgk Aql Firas berbaju melayu, memang kene angkat ke bilik air jugak la. Ngamuk lagi dia... hahaha...
 
 

Tengah mengamuk nak main







Patut semua tangkap gambar kat dalam rumah aje... tapi tgkla sikecik ni, tak mau bergambar sbb nak main aje. So, terpaksa family kitorang ni special sikit. Hehehe....
 

Sesi outdoor
Kitorang aje dapat sesi outdoor ni... ini pun nasib photoographer tu nephew sendiri. Dilayankan aje sepupu kecik dia nih...
 

Hemsem x sikecik lengkap berbaju melayu?
Memang nak dicampak aje songkok tu... bukan nak pakai. Tgkla muka Aql Firas yg berpeluh-peluh sebab dialah paling sibuk bermain kat laman bersama sepupu dan sanak saudara yang lain.
 
 

JOM MERENDEK!!
 Saja pusing kampung bawak Aql Firas naik motor. Bukan main gembira... Dah sampai umah pun xmau turun.
 
Kepada semua kenalan saya & keluarga diluar sana, diharap anda semua dapat memaafkan kami sekeluarga andai ada tersalah kata, terkasar bahasa. Kami sebagai insan kerdil tak lepas dari melakukan kesilapan..... Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi dan dilimpahi rahmat dari Yang Esa.
 
"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM. "