JellyPages.com

Monday, May 30, 2011

Heart of My Life


Woooohooo!! Pejam celik, pejam celik..........Hari ni 30 May 2011, dah 43 hari aku dah memegang title Mommy kepada sicomel Ahmad Aql Firas yang sgt MANJA!!! Sebelum menjadi ibu mcm2 yg terlintas dlm fikiran ni.

Antaranya :
1. Adakah aku dah bersedia menjadi ibu?
2. Adakah aku mampu menguruskan seorang bayi?
3. Adakah aku boleh menguruskan semuanya?

Antara mampu & bersedia, kalau memikirkan persoalan ini... aku rasa sampai bila2 aku xready. Tapi bila semua dah depan mata... Alhamdulillah, aku berjaya walaupun masih banyak yg aku perlu belajar terutama dari segi pengurusan masa. Maklumla zaman dari anak gadis sampai jadi bini orang, aku ni mmg suka tdo. Hari demi hari aku belajar untuk menjadi ibu yg terbaik buat Ahmad Aql Firas. Aku mahu bayi aku membesar dengan penuh kasih sayang dari MOMMY & DADDY.

Hari demi hari melihat Aql membesar bagaikan satu kepuasan kepada aku. Sentiasa membuat aku tersenyum setiap kali melihat dia membuat muka comelnya....

Kini aku hanya sibuk melayani perangainya yang sudah mula pandai mengada, manja, menangis dan macam2 lagi. Walaupun letih melayani karenahnya.... Aku tetap menyayanginya dan berharap dia akan membesar menjadi anak yg baik dan bijak.

Aql... dah besar jgn lupakan Mommy & Dadd
y tau?
"Heart of my life"


"Mommy & Daddy love u too much!"

Friday, May 20, 2011

Ahmad Aql Firas

Yuhuuuuuuuuuu.... Lama dah xupdate blog. Maklumla, org tgh berpantang katakan. Hehehehe.... Kali ni aku nak bercerita pasal pengalaman pertama aku bersalin.

Dipagi hari yg xberapa nak pagi (bgn lambat kataka =p).... aku bgn dan bersarapan bersama suami. Kami berdua masih blur.... betul ke aku dah nak bersalin ni? Perasaan xpayah ckpla,,,, excited ade... takut ade... macam2 laa...

Selepas sarapan, kami pun ke hospital yg tak berapa jauh tu. Akhirnya giliran kami tiba.... Doktor memula tugasnya seperti biasa... dan "dah buka 5cm. U terus admit la. Doktor dah bgtau minggu lepaskan? dah bawak semua barang?" bertalu2 soalan doktor. Oleh kerana dah nak admit, aku dan suami pun pergi makan.. yerla, org kata nanti xde tenaga nak push.

Inilah katil aku di GMC

Saat melangkah kaki di bilik ini... fuh!!! Macam2 aku pikir. Takut woooo.... yerlah orang kata bersalin ni antara hidup dan mati. Tapi sebelum keluar rumah aku dah meminta hubby maafkan segala dosa aku, halalkan makan minum aku, redhakan segalanya.... dan supaya doakan aku dan bayi selamat.

Sementara menunggu "kesakitan", nurse masukkan air yg telah dicampur dgn ubat. Tapi aku masih xsakit selepas pukul 5pm. Akhirnya nurse melajukan titisan air... dan aku mula merasa sakit pada pukul 7pm. Hubby dah suruh aku ambik pain killer, tapi aku berkeras sbb aku xmau epidural. Akhirnya pada pukul 7 lebih... aku mengalah.

Tau x "diseluk"??? Perghhh.... "diseluk" adalah sgt sakit... ia adalah perlu untuk memeriksa laluan bayi... dan ia dilakukan setiap sejam. Tapi sebelum itu sekali lagi aku "diseluk"... dan aku diberi pain killer. Dan aku pun melelapkan mata.... Pada pukul 9 lebih, sekali lagi aku "diseluk" dan laluan dah 6,7 cm. Aku ditolak masuk ke bilik bersalin... dan akhirnya Dr. Marsita sampai.. dan aku "diseluk" lagi sekali. Dr. Marsita memecahkan air ketuban aku.. tapi aku terpaksa menunggu sehingga Dr. Marsita menyambut kelahiran seorang lagi pesakitnya (anak ketujuh). Ini adalah saat paling sakit.... rasa mcm nak nangis. Dan akhirnya, aku ditolak sekali lagi ke bilik bersalin pada pukul 12pagi, 18 April 2011.

Ahmad Aql Firas

Selepas bergelut... akhirnya aku berjaya melahirkan seorang bayi lelaki yg sgt comel secara normal (vacuum). Bayi aku dilahirkan pada 18 April 2011 seberat 3.25kg tepat pada pukul 12.40 am. Terasa berbaloi2 sgt kesakitan selepas melihat wajah comel Aql Firas.

Kasih Mommy


Kasih Daddy

Disaat ini... Bayi aku sudah berumur 33 hari dan seberat 4.9kg. Aku bersyukur kehadrat Ilahi sbb mengurniakan aku satu kehidupan yg cukup sempurna. Seorang suami penyayang dan seorang anak yang sangat comel.

Kepada suamiku... terima kasih kerana menjagaku. Dan juga kepada ibuku... terima kasih kerana menjaga makan minum, makan pakai aku dan bayi.

"I am sooo happy!!"

p/s owh yer... aku xde GBS. Alhamdulillah....