JellyPages.com

Sunday, June 26, 2011

Aql dah 6.5kg

Hello!!! Hari ini aku bawak sikecik pergi ambik imunisasi utk bulan kedua yg sepatutnya diambil pada 21 June 2011. Gara-gara En. Hubby bekerja pada hari tersebut jadi kitorg delay sampai hari minggu. Seperti biasa nurse dengan muka confuse memanggil nama si comelku dgn teragak2. Ahmad Aql Firas.... Susah ke nak sebut nama anak aku nih? AQL ---> disebut Aqil. Hehehe... Ok, back to story : Nurse panggil utk prosedur biasa, Aql ditimbang.... He was 6.5kg at 2 months 8 days!!
Simontel Mommy mengantuk lagi...

Pergh!! Terkejut aku.... Tp baby boy mmg cepat besar kan? Seronok bkn main aku. Ini bermakna aku berjaya menyusukan Aql dgn jayanya. Alhamdulillah, 2nd imunisasi pun Aql xdemam. Harap2 Aql sentiasa sihat dan bertambah ceria. Kali ini kami hanya jumpa doktor biasa jer. Aql dibawa ke katil untuk injection... Kali ni Aql menangis agak kuat dari biasa, mungkin sbb sakit. Keluar airmata dia... cepat2 aku ambik dan pujuk dia. Ape lagi.. bg nenen la. Kesian anak Mommy, nenen sambil nangis. Walau apepun, terima kasih doktor sbb melayan soalan2 aku. Okla, itu je la entry untuk kali ini

"Aql membesar sebagai juara yer?"

Wednesday, June 22, 2011

Aql Senyum =)

Ehem!! Kali ni saja nak kongsi citer pasal anak manja aku. 20 June 2011, kawan2 masa kerja - Linda, Emmy dan Roha melawat Aql sbb masa konvoi kenduri kawin aritu Aql tdo je. Emmy yg xpernah sempat nak main ngan Aql saja nak melawat dan memandangkan hari tu diorg agak "senang" sbb boss diorg MC. Memandangkan aku yg mmg xsempat masak, jadi aku hanya order pizza hut. Si kecik AHMAD AQL FIRAS ni boleh pulak jadi tersangat baik... hanya tido dari awal sampai la diorg balik. Kempunan lagi Emmy nak tgk Aql buka mata. Hehehe.....
Tadaaa!! Auntie2 dah balik baru nak buka mata main ngan Mommy.

Xsampai 15 minit diorg balik.. Aql bangun dengan mood yg sangat baik. Hari ni, dia dah pandai main.... kali ni aku sempat capture dia betul2 tengah senyum... sweet sangat!!

LOOK AT HIS SMILING EYES!!


"Because of your smile, you make my life more beautiful"

Sunday, June 19, 2011

Father's Day on 19 June 2011

Woooo.... ini kali pertama aku menyambut hari bapa bersama suami. Tapi actually we do nothing pun. Ini disebabkan ada kawan dan sedara nak dtg rumah.... Aku cuma menyediakan spaghetti Balognese utk suami tercinta dan rakan2 yang bakal bertandang.

Bangun pagi2 mandikan sikecik dan mandikan diri sendiri... aku pun sediakan sarapan yg xseberapa. Roti disapu Nutella dan milo panas. En. Hubby mengambil tugas menjaga Aql... aku pun apelagi, masak la.

Tadaaa... ini je utk u B!

Dikesempatan yg tidak kelihatan ini, aku ucapkan selamat hari bapa kepada :

1. Arwah ayah Che Mat Bin Hj. Othman kerana telah menjaga aku sepanjang hayatnya.
2. Mertua aku Ahmad Hamizan Bin Idris kerana telah menjaga & mendidik En. Hubby sehingga berjaya seadaanya.
3. Suami tercinta Ahmad Fairuz Bin Ahmad Hamizan kerana tidak pernah lupa tanggungjwb sbg seorg bapa dan suami.

Lepak jap kat swiming pool selepas buang sampah. Tapi Aql Firas tido la pulak.


Dear Hubby :
"When I am with you, I feel like time has completely stopped. All my cares in the world have vanished, and all that is left is us."

Wednesday, June 15, 2011

Kahwin.. kahwin

Lamanyer tak menulis kat blog. Busy sgt melayan si kecik tu. Dah macam2 perangai dah yang dia buat. Tak nak tdo malam la... tdo xnak bangun2 la.... Tapi kali ni nak bercerita pasal kenduri kawin la.

4 Jun 2011
Wedding nephew aku... kirenya perkahwinan cucu pertama mek la (bkn cucu sulong). Kenduri bertempat di Greenwood, sekitar rumah aku je. Disebabkan rumah aku berhampiran je, jadi kami bertolak sendiri. Byk sgt benda xbest aritu.... memula masuk kete, kete berbau busuk giler. Seperti biasa En. Hubby marah2 kat aku. Bila aku call my sister, dia ckp pengantin xsampai lg, so.... aku pun g cuci kete dulu. Tapi bau tetap xhilang. Selepas itu kami bertolak ke rumah pengantin perempuan... terlepas simpang, En. Hubby kata hujung pun leh masuk jgk... end up, kami sesat. En. Hubby ngamuk2 sbb jalan kecik. Pastu masuk satu simpang.... and mmg dah jalan mati yg kecik. Tgh elok2 nak reverse tu "BANG!" En. Hubby terlanggar pagar. Nasib sikit jer.. tapi tercalar jgk la. Aku jgk yg kene ,arah... sbb kete bau busuk. Boleh ke?? hehe...

BK tercalar


My nephew & wife


11 Jun 2011
Kali aku terpaksa merajuk, ngamuk2 ajak hubby ke kenduri kahwin kawan seangkatan masa kat Sapura. Ini gara2 takut si kecik ni demam. Nasib En. Hubby akhirnya lembut hati... Memula kitorg iaitu aku, linda, emmy, nazri konvoi dari Tol Jalan Duta ke Klang. Akhirnya kami sampai ke rumah Abg Halili. Cuaca agak panas, orang pulak tgh sesak... risau lak si kecik tu ngamuk. Nasib Aql Firas tu tdo je...

Selepas menjamu selera ala kadar, kami pun bertolak ke kenduri Fazlan. Kali ini kami xkonvoi bersama kerana pada mulanya Hubby dah xlarat sbb panas........ Kawan2 yg lain sudah pun bertolak semasa kami sedang berbincang samada nak pergi atau tidak. Tapi sbb sayang bini, akhirnya kami pun set GPS ke Dewan Guthrie. Dan akhirnya kami sampai..... tapi diorg tersangkut kat jem yg teruk. Tunggu punya tunggu.... diorg xsesampai. Kat sana aku hanya jumpa Dee, Hedri, Jabbar & Siti Noor. Selepas makan, borak2, bergambar....

Pengantin yg nakal.


"SEMOGA KEKAL BAHAGIA BUAT KETIGA-TIGA PENGANTIN"