JellyPages.com

Sunday, April 10, 2011

Group B Streptococcus (GBS)

Okey.... seperti yang dijanjikan... inilah hasil "google"lan aku tentang GBS versi melayu... dan Malaysia. Soal Jawab DR. IDORA (aku pernah la jumpa Dr. Idora 2, 3 kali).
**********

Pemeriksaan ‘vaginal swab’ ialah pemeriksaan didalam faraj dengan mengambil sedikit cecair dari bahagian dalamnya yang akan diuji untuk kehadiran kuman-kuman, khususnya bakteria yang dipanggil ‘Group B Streptococcus’. Di negara barat dan Australia, ia menjadi amalan antenatal yang rutin.

Di dalam mana-mana rongga manusia, ada kehadiran kuman-kuman yang tidak memberi apa-apa masalah kepada hosnya walaupun dengan sendirinya, kuman-kuman ini boleh membawa penyakit.

Kuman-kuman ini membentuk satu ekosistem yang tersendiri. Di dalam faraj wanita, usus dan saluran kencing pun begitu, dan GBS ialah salah satu daripada kuman dalam ekosistem ini.

Satu kajian di Australia menjangkakan GBS hadir dalam 12-15% dari wanita yang mengandung. Dari kumpulan ini hanya satu hingga dua peratus bayi yang lahir terkena jangkitan ini dalam minggu pertama kehidupan. Secara keseluruhannya, dijangka antara satu hingga empat orang bayi dari tiap-tiap 1000 kelahiran dijangkiti GBS. Jadi, bukan semua bayi akan mendapat jangkitan ini secara automatik walaupun ibu itu membawa GBS. Kebanyakannya tidak akan dijangkiti walaupun GBS ini dapat dikesan dalam 50% dari bayi-bayi ini.

Semenjak tahun 70-an, jangkitan dari kuman GBS menjadi jangkitan yang paling biasa menyebabkan kematian dalam bayi-bayi baru lahir. Jangkitan GBS dibahagi kepada dua jenis; yang pertama ialah jangkitan yang terjadi dalam 24 jam pertama kelahiran hingga tujuh hari. Jangkitan pada tahap awal ini biasanya melibatkan radang paru-paru, septisemia dan jarang sekali jangkitan otak (‘meningitis’).

Septisemia ialah jangkitan yang merebak melalui darah ke seluruh badan, termasuk organ-organ penting seperti hati, jantung dan buah pinggang. Kadar kematian lebih tinggi bila septisemia berlaku. Jangkitan jenis kedua berlaku selepas seminggu hingga tiga bulan. Jangkitan pada masa ini ialah septisemia dan meningitis. Ada juga bayi yang mendapat kesan sampingan selepas jangkitan seperti kecederaan penglihatan, pendengaran, percakapan dan mungkin juga mendapat kecacatan perkembangan otak. Memang, jangkitannya serius dan akan menghayat hati kedua ibubapa.

Jika tidak semua yang membawa GBS akan menyebabkan jangkitan kepada bayinya, siapakah yang lebih berisiko? Kemungkinan untuk mendapat jangkitan ini lebih tinggi jika seseorang itu bersalin sebelum cukup bulan (tidak sampai 37 minggu), jika selaput ketuban yang telah koyak dan air ketuban keluar selama 18 jam atau lebih sebelum bersalin, demam yang tinggi semasa hendak bersalin, didapati ada kehadiran GBS dalam faraj terutama sekali pada tahap akhir mengandung dan pernah melahirkan bayi yang telah dijangkiti GBS selepas bersalin. Satu lagi faktor risiko ialah bila GBS dikesan didalam jangkitan air kencing.

Itulah sebabnya pengesanan GBS dilakukan pada minggu 33-37 mengandung melalui cara Pemeriksaan ‘vaginal swab’ . Jika ibu-ibu ini dikesan ada GBS, mereka tidak perlu ambil antibotik dengan segera. Ini ialah kerana GBS mudah untuk muncul semula di dalam faraj selepas rawatan. Jadi saranan terbaik sekarang ialah pemberian antibiotik semasa peringkat awal terasa sakit hendak bersalin.

Antibiotik yang efektif ialah penisilin dan dengan mulanya program ini, insidens bayi mendapat jangkitan yang serius telah berkurangan. Antibiotik ini akan diberikan melalui saluran darah dan ia lebih efektif jika diberi empat jam sebelum bayi dilahirkan.

Selepas bersalin, biasanya, bayi akan diperhatikan untuk mengesan tanda-tanda awal jangkitan. Antibiotik tidak perlu diberi jika bayi itu sihat dan tidak menunjukkan kesan-kesan jangkitan, tetapi rawatan yang diterima berbeza-beza di hospital-hospital berlainan.

Masalah GBS ini sudah lama dikenali tetapi tidak dapat dibasmikan sepenuhnya. Begitupun, ia sudah dapat dikesan dengan cepat dan boleh dirawat dengan efektif. Di Malaysia, kebanyakan hospital tidak melakukan pemeriksaan ‘vaginal swab’ secara rutin, tetapi mengikut kes-kes berisiko.

Jika GBS dikesan, langkah-langkah seperti yang diterangkan diatas akan dilakukan. 98% dari bayi yang ibunya dikesan mempunyai GBS adalah normal dan tidak mendapat jangkitan.

****

Hasil pemeriksaan GBS aku akan diketahui selepas 3 hari..... Tapi Dr. Marsita cakap dia akan bgtau masa aku dtg checkup je. Doakan aku yer??

Wink... wink... ;p


2 comments:

  1. Panjangnya tulis... Kat perenggan ke2 pun dah tertidur... hahaha.. ringkasan takda ke?

    ReplyDelete
  2. Ala.. malas nak wat rumusan. hahaha

    ReplyDelete