JellyPages.com

Saturday, April 16, 2011

Precious Moment


Ehem.... Ehem.. sound test! sound test! Hehehe.... Saja nak share memori yang aku xnak lupakan. Bkn nak story mory pun..... letak gambar sikit je. Sbb aku takut terlupa perasaan ketika aku pregnant kali pertama. Here we gooooooooooooo......

Saat paling indah

Inilah memori terindah... Pada hari yg cukup indah, Jumaat 3 Sept 2010 aku mendapati aku adalah mengandung!! Perasaan yang ntah... i did cry alone. Sbb terlalu gembira dan takut. Takut aku xmampu jadi ibu yang baik, takut aku masih xlayak jadi ibu.

Tapi hari ni... Aku dah berjaya mengharungi segalanya demi sikecil dalam perut. =) i was so happy, i can't wait to see my little angel.

See!! i have A BIG TUMMY!!

Sekarang aku hanya tunggu masa untuk melahirkan bayi pertama ku. Dan hari ni, 17 April 2011 semua orang tersayang datang menemani aku. Terima kasih suamiku, ibuku, mertuaku, keluarga2. Kepada kawan2 yang sentiasa ber"sms" bertanyakan khabar dan progress..... terima kasih aku ucapkan. Terima kasih sbb mengambil berat terhadapku. Terima semua.... Doakan supaya semuanya berjalan lancar.

I LOVE ALL OF YOU!!

Sunday, April 10, 2011

Group B Streptococcus (GBS)

Okey.... seperti yang dijanjikan... inilah hasil "google"lan aku tentang GBS versi melayu... dan Malaysia. Soal Jawab DR. IDORA (aku pernah la jumpa Dr. Idora 2, 3 kali).
**********

Pemeriksaan ‘vaginal swab’ ialah pemeriksaan didalam faraj dengan mengambil sedikit cecair dari bahagian dalamnya yang akan diuji untuk kehadiran kuman-kuman, khususnya bakteria yang dipanggil ‘Group B Streptococcus’. Di negara barat dan Australia, ia menjadi amalan antenatal yang rutin.

Di dalam mana-mana rongga manusia, ada kehadiran kuman-kuman yang tidak memberi apa-apa masalah kepada hosnya walaupun dengan sendirinya, kuman-kuman ini boleh membawa penyakit.

Kuman-kuman ini membentuk satu ekosistem yang tersendiri. Di dalam faraj wanita, usus dan saluran kencing pun begitu, dan GBS ialah salah satu daripada kuman dalam ekosistem ini.

Satu kajian di Australia menjangkakan GBS hadir dalam 12-15% dari wanita yang mengandung. Dari kumpulan ini hanya satu hingga dua peratus bayi yang lahir terkena jangkitan ini dalam minggu pertama kehidupan. Secara keseluruhannya, dijangka antara satu hingga empat orang bayi dari tiap-tiap 1000 kelahiran dijangkiti GBS. Jadi, bukan semua bayi akan mendapat jangkitan ini secara automatik walaupun ibu itu membawa GBS. Kebanyakannya tidak akan dijangkiti walaupun GBS ini dapat dikesan dalam 50% dari bayi-bayi ini.

Semenjak tahun 70-an, jangkitan dari kuman GBS menjadi jangkitan yang paling biasa menyebabkan kematian dalam bayi-bayi baru lahir. Jangkitan GBS dibahagi kepada dua jenis; yang pertama ialah jangkitan yang terjadi dalam 24 jam pertama kelahiran hingga tujuh hari. Jangkitan pada tahap awal ini biasanya melibatkan radang paru-paru, septisemia dan jarang sekali jangkitan otak (‘meningitis’).

Septisemia ialah jangkitan yang merebak melalui darah ke seluruh badan, termasuk organ-organ penting seperti hati, jantung dan buah pinggang. Kadar kematian lebih tinggi bila septisemia berlaku. Jangkitan jenis kedua berlaku selepas seminggu hingga tiga bulan. Jangkitan pada masa ini ialah septisemia dan meningitis. Ada juga bayi yang mendapat kesan sampingan selepas jangkitan seperti kecederaan penglihatan, pendengaran, percakapan dan mungkin juga mendapat kecacatan perkembangan otak. Memang, jangkitannya serius dan akan menghayat hati kedua ibubapa.

Jika tidak semua yang membawa GBS akan menyebabkan jangkitan kepada bayinya, siapakah yang lebih berisiko? Kemungkinan untuk mendapat jangkitan ini lebih tinggi jika seseorang itu bersalin sebelum cukup bulan (tidak sampai 37 minggu), jika selaput ketuban yang telah koyak dan air ketuban keluar selama 18 jam atau lebih sebelum bersalin, demam yang tinggi semasa hendak bersalin, didapati ada kehadiran GBS dalam faraj terutama sekali pada tahap akhir mengandung dan pernah melahirkan bayi yang telah dijangkiti GBS selepas bersalin. Satu lagi faktor risiko ialah bila GBS dikesan didalam jangkitan air kencing.

Itulah sebabnya pengesanan GBS dilakukan pada minggu 33-37 mengandung melalui cara Pemeriksaan ‘vaginal swab’ . Jika ibu-ibu ini dikesan ada GBS, mereka tidak perlu ambil antibotik dengan segera. Ini ialah kerana GBS mudah untuk muncul semula di dalam faraj selepas rawatan. Jadi saranan terbaik sekarang ialah pemberian antibiotik semasa peringkat awal terasa sakit hendak bersalin.

Antibiotik yang efektif ialah penisilin dan dengan mulanya program ini, insidens bayi mendapat jangkitan yang serius telah berkurangan. Antibiotik ini akan diberikan melalui saluran darah dan ia lebih efektif jika diberi empat jam sebelum bayi dilahirkan.

Selepas bersalin, biasanya, bayi akan diperhatikan untuk mengesan tanda-tanda awal jangkitan. Antibiotik tidak perlu diberi jika bayi itu sihat dan tidak menunjukkan kesan-kesan jangkitan, tetapi rawatan yang diterima berbeza-beza di hospital-hospital berlainan.

Masalah GBS ini sudah lama dikenali tetapi tidak dapat dibasmikan sepenuhnya. Begitupun, ia sudah dapat dikesan dengan cepat dan boleh dirawat dengan efektif. Di Malaysia, kebanyakan hospital tidak melakukan pemeriksaan ‘vaginal swab’ secara rutin, tetapi mengikut kes-kes berisiko.

Jika GBS dikesan, langkah-langkah seperti yang diterangkan diatas akan dilakukan. 98% dari bayi yang ibunya dikesan mempunyai GBS adalah normal dan tidak mendapat jangkitan.

****

Hasil pemeriksaan GBS aku akan diketahui selepas 3 hari..... Tapi Dr. Marsita cakap dia akan bgtau masa aku dtg checkup je. Doakan aku yer??

Wink... wink... ;p


36 wks and 2 days!!

Ape tu?? My pregnancy laa... =) 10 April 2011 genapla bayi dalam kandungan aku berusia 36 wks and 2 days.

Hari ini aku dan my B pergi checkup kat GMC. Hari ini ada extra test iaitu pemerikasaan "Group B Streptococcus" atau ringkasnya GBS yang aku akan citer dlm next blog. Hehehe.....

Sekarang aku tgh excited pasal my lil' angel. Seperti biasa Dr. Marsita periksa my cute belly tummy. Dr. Marsita ckp my lil' angel dah kat bawah dah.... dah xlama ni katanya. Mcm biasa, aktiviti scanning pun bermula... Today is the day my lil' angel posing2... dgn relahati menunjukkan wajah cutenya... Perasaaan time ni??? NO WORDS!!

MY LIL' ANGEL!! So beautiful ciptaan Allah ni kan? So real 4D scan!! i can see the eyes, lips, nose..... kecik2.. comel!!

Tetiba Dr. Marsita ckp nak terus wat assessment senang nak jangka katanya.... Alamak!!! Patut next checkup baru wat assessment, tp disebabkan baby dah kat bawah sgt, ia dipercepatkan SEKARANG!!! ... Ape yg lagi terkejut adalah ayat Dr. Marsita yg berbunyi "Jalan dah buka 2cm ni.... boleh tahan. Kalau xde ape2 kite tunggu 37 wks, next week dtg checkup bawak barang baby, terus admit la."

Perasaan aku??? Semua bercampur.... nerves ada, happy ada, xsabar ada, takut ada... berbunga pun ada.... I'm gonna be a MOMMY very sooooooooooon!!

"YA ALLAH YA TUHANKU PERMUDAHAKAN SEGALANYA PADA HAMBAMU INI. LANCARKANLAH PROSES BERSALINKU.... HANYA PADAMU AKU BERDOA.... SELAMATKAN KAMI BERDUA...... AMIN"

Mommy & Daddy can't wait to see u.... Hope everything gonna be fine and okay.




Wednesday, April 6, 2011

Kisah Aku, Handphone & Secret Recipe

Ooo.. ooo.. oo tet.. tett.. (lagu Justin Bieber)... Linda msg wat ape sbb dia MC kene gastrik. Nak ajak dia mkn kat umah mmg xde makanan, Dgn baik hati.. seorg kawan yg baik ni pun ajak Linda bekfes kat luar (walaupun masa tu dah kol 10 am). Dgn pantas bersiap (wpun agak slow dgn perut yg agak boyot ni), aku, Linda & her little daughter pergila bekfes tp dah bertukar lunch sbb dah pukul 11 lebih, kitorg pusing2 kat Gombak Prima, and decide makan kat Secret Recipe.

Blackberry Cheese Cake

Kitorg pun menunggu sambil mkn kek. Then around 12 baru bleh order. (Alamak.. lupa nak ambil gambar makanan sbb lapar sgt time tu) Aku mkn Green Curry Chicken and Linda Vietnamese Noodles. After makan2... singgah kedai baby jap, linda beli brg Rania (her baby), and aku singgah stesen minyak buat urusan banking sikit. Balik rumah as usual aku mesti nak check msg.... cari2 fon xjumpa!! OMG!!!

Dgn cemas aku mengeledah handbag.. GOSH!! xde. Turun rumah Linda pun xde.. cari dlm kete pun xde... Aku stat kete g Secret Recipe, tanya waitress kat sana dia ckp masa cleaning td xde... aku nak g check kat tempat td ada org tgh havng lunch lak... aku pergi stesen minyak tadi... xde jgk.. balik umah try guna fon rumah xde dgr jgk lagu "i want nobody nobody but you.." turun lagi rumah Linda pinjam fon try call dlm kete.... ringing tone ade.. tp xdgr dlm kete. Aku naik pulangkan fon Linda. Sebenarnya time ni aku dah sgt2 letih... tapi my FON!!! Aku kuatkan jgk semangat.... Aku turun balik...

Aku mcm confirm tertinggal kat Secret Recipe... Aku drive balik ke sana... Dalam hati aku berdoa mintak2 la ade kat sana... Aku sampai je Waitress tu ckp " Ni ade, kitorg cari balik, ade kat celah kusyen, nasib xde org nampak" Aku rasa lega sgt.... Dgn mata yg sgt bersinar.. bercahaya aku ucapkan terima kasih... Dalam hati aku lega yg teramat sgt.

Terima kasih sgt pada adik2 yg comel tu.... kerana masih baik hati memulangkan handfon aku tu. Itulah kisah aku, handphone dan Secret Recipe.


** moral of the story... " Ida, lain kali jgn cuai. Hari rezeki sbb yg jumpa tu baik hati." **





Saturday, April 2, 2011

35wks pregnancy

Isk.. lama dah xtulis blog. yerla.. bkn ada bakat pun. Now i am 35wks! Badan sgtla xlarat.. jalan pun dah cute mcm peguin. hehehe... 30 March perut badan sangat sakit, sampai xboleh nak berjalan. Hubby ajak g jumpa doctor. We went to GMC, sebenarnya sekadar nak ambik mc sbb badan xlarat. Tapi what was surprised me... aku dilayan mcm orang dah nak bersalin... sampai aku cakap "eh.. saya xmau beranak lagi. Baby saya xcukup bulan lagi". Hehe... Dr. Siti (outpatient doctor) cuba call my specialist Dr. Marsita utk refer case... and dia ckp rutin biasa need to check contraction and what so ever la...
aku diajak naik keatas... masuk BILIK BERSALIN.. "B.. i xmau bersalin lagi. Baby xcukup bulan lagi nih". Nerves jgk.... nasibla ada Hubby yg temankan. Thanks dear.... lepas check. Mmg sah la aku xbersalin lagi kan.. hehehe.. Dr. Siti bg MC 2 hari and katanya baby dah kat bawah sbb tu perut agak sakit and tu early preparation for me utk bersalin.