JellyPages.com

Saturday, December 31, 2011

Hari Natal

Selamat menyambut Hari Natal pada semua yang beragama Kristian. Aku ni bkn sambut Xmas pun... tapi kita kan satu Malaysia, yang Muslim, Buddha semua pun tumpang gembira sebab dapat BERCUTI kan? hehehe.... Aku dan family xpergi mana2 pun. Petang kami sekeluarga turun ke swimming pool layankan si comel aku mandi. Saksikan la budak kecik ni berenang kegembiraan. 

Cutekan suara aku? Hahaha... Jangan nak komplen suara aku! Hehe....Aku rendam2 kaki, xpandai berenang dan xberapa nak tinggi katakan....Jadilah aku camerawomen yang xbertauliah. Hehehe...

Oklah. xmau citer panjang la kali ni. Sekiann... sampai ketemu lagi. Muahhhhhahahaha.... (cium jadi gelak).

WINK! WINK!

Friday, December 30, 2011

17 Dec 2011 @ Pantai Morib

 Salam December lagi, jangan marah yer. Erm... citer 3 minggu lepas xsempat nak update blog. 17 December 2011, kami sekeluarga kebosanan kat umah. Aku pun ajak la Hubby keluar... saja nak bawak Aql tengok dunia luar. Weekdays memang jangan harapla Mommy nak bawak Aql keluar rumah. Plan asal nak g pasaraya berdekatan jer.. Alih2 keluar je pintu :

Hubby : asek g pasaraya jer.. jom kite g PD nak x?
waktu itu jam dah pukul lepas pukul 1 kot. Dengan selamber aku ok jer, masuk umah ambik baju sorang sepasang, towel, masuk bag. Vroooommm... GPS please!! Dah dekat Sg Besi kot tiba2

Hubby : kita pergi  morib aje la.. dekat sikit. 
Aku : Ikut suka u laa... u yg drive. 

Dan kitorang menukar haluan ke Pantai Morib berpandukan GPS... lebih kurang 3.30 ptg sampai dan MAKAN DULU!! Aku cuma makan kue teow goreng dan hubby cuma makan satay. Tapi yang aku heran kenapa tak ade orang mandi kat sini. Aku pun memaniskan senyuman bertanya akak yang jual satay tu :

Aku : Akak, memang kat sini tak ade orang mandi ke?
Akak jual satay : Sini memang xde orang mandi, kat Morib Baru baru ada orang mandi... 
Aku : ye ke?? Ada Pantai Morib Baru ke?
Akak jual satay : Depan sana sikit aje... tapi kene naik kereta jugak la....
Aku : ooo.. ye ke? (nada kecewa) terima kasih ye kak

Dah la kecewa xboleh mandi, tiba-tiba pulak hujan lebat turun!! spoil! spoil!... lepas hujan berhenti, barulah kitorang berjalan dalam 15 minit tepi2 kedai tu.... Walaupun kecewa, tapi sikecik tetap GUMBIRA..

Berjalan di tepian pagar selepas hujan reda

Qeqe xmau pakai cap

Keriangan.... kepala kene ikat sebab hujan rintik2

Kecewa... kecewa... Tapi yang pasti sikecik aku Ahmad Aql Firas terlalu kecil untuk memahami yang kitorang cuma datang makan jer kat Pantai Morib tanpa sempat bersukaria sepenuhnya. hehehe... 

Mommy will always make u smile =)

Sunday, December 18, 2011

Baby Cute Contest

Cute kan banner dari Baju Baby Atas Rak ni?? Ini semua jasa kawan baik aku yang mengesyorkan supaya aku menjoinkan diri dalam contest ini. Aku pun apelagi... memandangkan memang aku tak ada kerja, tgh sakit mental... so aku OK aja. Syarat-syarat pertandingan tidakla susah mana... Jap aku copykan untuk korang.

Syarat-syarat pertandingan :
1. Terbuka kepada baby yang berumur dari 1bulan ke 2tahun. - DONE

 2. Sila Letakkan banner contest di sidebar blog anda dan entry anda. - DONE

3. Anda hendaklah menjadi Follower blog BAJU BABY ATAS RAK. - DONE

4. Buat entry tentang contest ini dan link back ke entry ini. - DONE

5. Sertakan sekeping gambar sahaja dalam entry anda. - DONE

6. Terbuka kepada anak sendiri/ anak saudara / adik anda. - My cutie prince!!

7. Anda dikehendaki menwarwarkan hadiah yang bakal dimenangi didalam entry anda. - DONE

7. Sila nyatakan nama anda,nama baby dan tarikh lahir baby. - DONE

8. Anda mesti TAG sekurang-kurangnya 4orang untuk join contest ini. - DONE

9. Tinggalkan link entry anda di kotak komen.- DONE


Hadiah yang bakal dimenangi :

Pemenang Tempat Pertama (owner blog) :
jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.
 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL. 


Pemenang Tempat Kedua (owner blog) :
jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND untuk peserta lelaki.
 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL untuk peserta perempuan.


*pemenang hanya seorang*
*kalau perempuan dapat hadiah untuk perempuan..dan sebaliknya...harap maklum*


Pemenang tempat pertama (baby) :
Akan menerima 2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT


Pemenang Tempat Kedua (baby) :
Akan menerima SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA


Tarikh tutup :: 8.Februari.2012



Rasa2nya everything checked! 
Tadaaaaaaaaaaaaa... inilah MY LITTLE CUTIE PIE.....

Nama ibu : Norazlida Che Mat
Nama bayi : Ahmad Aql Firas
D.O.B : 18 April 2011

Kawan-kawan yang ada potensi adalah:
2. Qeyeiy
3. Azron

Saturday, December 17, 2011

Mental abuse!!

Haloooooooo..... Abuse ke? Tidak la sangat. Diri sendiri yang dera otak. Keep on reading on something yang menyakitkan hati and also reading on the journal yang berkapuk tu. Entah la... Siapa suruh menyakiti hati sendiri kan? hehehe.... I will disappear from cyber world (facebook) for a while..... Mungkin ada yg ckp dalam hati "ada aku kesah?? ko nak hilang kejap ke lama ke... SIAPA kau?"... hahaha... imaginasi aku ni tinggi sikit. Dari benda kecik pun aku leh imaginasi sampai leh cerita yang sangat happy... boleh juga jadi sangat sedih. Ada orang akan cari aku x? Rasa tak ada pun... Bukan aku ada kawan sangat pun. Dah dkt 2am ni... Tido aje la...

Nitemare for those who love me... and sweet dreams for others!

Thursday, December 15, 2011

Kedinginan malam tapi....

Wahhh.. wah.... tajuk macam syahdu abiskan? hehe... Memang syahdu pun. Kedinginan malam tapi hati gua PANAS ni.... Aku EMO ke? Tapi kenapa? Mengapa? 
Pernah x korang rasa diri dikhianati? Itulah yang aku rasa... Selama ini aku memang fikir dah memang itu yang tertulis. Tapi hari ini.. AKU MEMANG PANAS!! Itu bukan yang tertulis, tapi itu yg ditulis sendiri... Korang paham x?

YANG TERTULIS : Bukan kite yg menulis tapi dah tertulis dan kite hanya akur dengan tulisan tersebut
YANG DITULIS SENDIRI : kite yg menulis ape yang kita mahukan

Mungkin korang tak paham. Tapi tak apelah. Janji aku paham. Walaupun tiada siapa yang memahami.... aku tetap disini merenung sesuatu yang kupasti tak pasti.... 





Gelagat manja



 Salam!! Anak kesayangan aku dah makin besar, dah makin bijak, pandai, nakal...Memang semua la. Sekarang ni dia sangatla manja. Tak boleh ditinggalkan langsung. Nak tahu perkembangan baru Ahmad Aql Firas tak?

1. Mulut bising
2. Sudah reti merangkak
3. Duduk dah boleh sikit2
4. Dah reti berdiri sendiri bila berpaut pada sesuatu
5. Dah kurus sbb lasak sgt


Let's the picture do the talking!! Here we go....


Ini keletihan selepas bermain... the day he turn to 7 months


Suka tgk Aql pakai cap. Cute je.


Ini selepas nangis.. mata berair lagi. Duduk pun xberapa tegap lagi.


Inila play yard Aql!! hahaha....


Nak ambik lappy Mommy

Berusaha nak ambik juga.


Ini aktiviti rutin, nangis berdiri.


Smiley face.....


Nak berdiri dan ambik lappy Mommy la tu..

Cubaan nak boloskan diri

Nangishh sbb Mommy kat dapur.

Lagi cubaan nak ambik lappy

Reading time!!

Play time... berdiri tu!

Berdiri lagi

Cubaan berdiri ketika Mommy nak solat.

Bodel! Bodel! Demuk x?? =p

Mommy nak interprem jgk!! Haha... pipi bengkak time ni.

Waaaaahhh.... byknye gambar.  =) Okla. Itu aje perkembangan Aql setakat sekrg. Mommy love you...

Sampai ketemu lagi yer..

Monday, December 5, 2011

Aku tetap aku

Erm... day after day after day... Ida still Ida, U still U, Mommy still Mommy, Adik still Adik... Nothing change. Aku tetap aku. Life aku tetap seperti biasa ada happy, upside down... Tapi aku sedih aku tetap ade buah hati yang menemani aku. Nak tau x siapa dia???

Muka bulat2 kesayangan aku

Haha... inilah dia Ahmad Aql Firas yang semakin nakal. Setiap hari membuli Mommy je keje dia.