JellyPages.com

Sunday, January 15, 2012

Panggilan KERAMAT

4 Jan 2012
"I want nobody.. nobody but you! I want nobody.. nobody but you!" Ringging tone aku berbunyi... Korang nak tahu x kisah dia? Eh, lupa lak... Salam semua. Hehehe......

Telefon berbunyi, aku tgk screen... Owh, my 2nd cousin call.
Abg Imi : Dah keje ke belum?
Aku : Belum lagi....
Abg Imi : Esok boleh x dtg interview pagi? Kat jalan Stonor bla..bla...
Aku : Boleh kot, tapi nak kene confirm dulu ngan hubby.
Abg Imi : ok.. nanti bgtau.

Malam tu lepas berbincang, hubby kene lak attend meeting pagi. So, aku pun msg mintak postpone ptg. My 2nd cousin said "OK!"

5 Jan 2012 (sekitar jam 3pm)
Aku, sikecik & hubby bertolak ke tempat interview. Aku seperti biasa nak kata cuak xjgk, nak kata berharap xjgk.. sebab ini adalah interview aku yg ntah keberapa kali. Yang tidak meyakinkan aku adalah... aku dari TELECOMMUNICATION dan ini adalah CONSTRUCTION. Tapi orang kata kita xtau yg mana satu rezeki kite.. jadi aku gagahkan diri melangkah tanpa keyakinan yg penuh.

Aku sampai lebih kurang pukul 4pm, disambut oleh Abg Imi ditingkat dua dan dibawa ke bilik mesyuarat dan ditinggalkan. Kemudian bermula la sesi temuduga yg lebih kepada temubual oleh PM, APM & QAQC Manager... Setelah abis sesi temubual & berbual, QAQC manager suruh aku cari nanny utk Aql cepat2. Aku terus mcm teruja...

Aku : If verbally u say i got this job... i will find babysitter for my baby by this week because i need to practice him few things like drink milk with bottle etc.
QAQC manager : Actually i have another 4 candidate... 5 included you. But i think i don't want to interview them since i did choose you, but... Give me 5 minutes to make a call.

Aku dah terpinga dan berbunga2 perasaan. After about 15 minutes QAQC manager masuk balik and said "99.9% you can put your trust on us, and another 0.1% is only paper work." sambil tersenyum mesra pada aku. Aku bagaikan xpercaya... YAHOOOOOOOOOOO aku menjerit dalam hati.

Aku bagaikan tak percaya, panggilan pada 4 Jan 2012 adalah pembawa berita gembira kepada aku. Ini bermakna tahun 2012 aku bermula dengan berita gembira.... semoga tahun 2012 sentiasa membawa berita gembira kepadaku, keluargaku dan juga kawan2 aku. Amin...... 

Ini gambar yg disnap sebelum bertolak ke Jalan Stonor



Thursday, January 12, 2012

1 Jan 2012

Yeaaaa...... tahun baru sudah bermula! Opss... lupa nak bgtau kitorg pulang ke kampung sempena New Year 2012. Hehe... Atok & Nenek dah rindu nak tgk cucu tunggal diorg. Kitorang bertolak ari Sabtu, 31 December 2011. Malam itu plak tetiba Hubby bgtau mertua aku ajak berjalan ke Melaka esoknya nak BELANJA kitorang makan... YAHOOOOOOOOO!!

Memang aku dah duga akan JAMMED!! Sangat teruk beb!! Kesudahannya kami hanya sempat ke Taman Buaya sahaja. Cuaca sangat panas dan semua berkeputusan hendak ke Muzium utk dapatkan aircond. hehehe.... tapi disebabkan JAMMED yang sangat teruk, kitorang menukar hala tuju untuk ke Pantai. Berpusing2 mencari Pantai Klebang.. sesampai je semua xmau keluar. Dah la panas, pokok xde sgt, construction kat sebelah. dah macam padang pasir je.... kitorang pun meneruskan perjalanan ke Umbai untuk menikmati makan malam. Akhirnya..... duduk dan menikmati makanan yang sangat sedap. hehehe...
Sikit jer picture sebab sogan nak snap byk2 depan mertua. hehehe.....

Mommy & Aql depan replika

Yeahhh... dapat jgk Mommy merasa naik benda nih. Kecik2 xdapat merasa. hehehe.....

Daddy  & Aql selepas menikmati makan malam bersama IN LAW
Moral of the story, penat berpusing dalam kereta sahaja.

Sunday, January 1, 2012

HaPPY NeW YeaR 2012!!

7,6,5,4,3,2,1!! Happy new Year!!! Booom! Boom! Piceuuuu....kebabooo... (fireworks). hahaha....
 Selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua yang sudi membaca blog aku ni. Erm... Azam aku tahun lepas ape yer? Macam kurang berazam je aku ni... hahaha.. Tapi it's better dari kurang ajar kan? hehe... Actually azam aku tahun lepas macam biasa nak JADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM...

Tahun 2012 azam aku tetap sama, cuma ada tambahan sedikit. Meh aku catatkan kat blog ni :
1. JADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM
2. Nak dapat kerja!!!!
3. Nak jadi Mommy terbaik buat Ahmad Aql Firas
4. Nak jadi isteri yang disayangi dan menyanyi suami
5. Nak jadi anak TERBAIK untuk ibu ku.

Namun semua azam ini bergantung kat no. 2 tu.... Harap korang semua doakan supaya azam aku tercapai yer? Aku dah siapkan list barangan nak shopping untuk 2012 ni...


1. I phone 4s. Handphone aku dah rabak giler.. bersaletep kuning lagi kat tepi.
2. Wedges Guess. Dari awal tahun dok aim... tapi asek xjadi beli jerr..
3. Earring. Tertengok masa main FB, pastu rasa macam "wahhhh.. cantiknya!". fallen with this earring! Cantikkan?
4. Shopping macam2 lagi laaa... handbag, mekap, baju dan macam2 lagi laaa,

Okla! Aku doakan kawan-kawan dan kawan aku sentiasa gembira disamping yang tersayang dan sentiasa dilimpahkan rahmat kurnia dariNYA. Akhir kata.....

INGAT AKU DALAM DOAMU

 p/s : aku tulis ni sebelum balik kampung segamat.. schedulekan utk New Year. Bijak x? hehehe