JellyPages.com

Thursday, September 29, 2011

My prince @ his 5th months!

Salam.... My little prince dah masuk 5 bln few days ago. Muka dah semakin bulat, rambut dah byk sikit.... eh? byk ke sikit? hahaha.... bertambah tapi tak la lebat sgt sbb rambut dia mmg sangat halus. Cantik rambut anak Mommy ni. Macam Mommy ke? lalala...

Semenjak dia berumur 5 bulan ni... Agak2 ape perkembangan Ahmad Aql Firas? Nak tau? Jom!!!

Sekarang dah aktif meniarap sambil menjerit jerit dan memusing2 badan mcm helikopter... kadang2 bila xpedulikan dia, dia akan panggil "heeeh..." tapi dalam suara manja dia la.

Playtime!! Gigit2 semua benda

Lagi... dia sangat suka menghisap tangan. Bkn setakat ibu jari je, kalau boleh satu penumbuk dia nak hisap. Geram betul bila tgk muka dia dah comot dgn air liur. Bila ditarik, dia senyum dan masuk balik. Pastu suka sangat kumpul air liur, wat bubble & "fffuuhhh" menyembur!! hehe... kadang2 dia jadi vampire... sambil2 main ngan daddy sempat dia nak hisap pipi la, tengkuk la, dada la.. ape saja yg terkena mulut dia la. Tak pasal2 mengekek Daddy gelak. Alahai anak Daddy....

Aql & bubble. Get ready, Aql nak sembur ni..

Erm.... hah! Dia baru belajar pegang kaki sendiri. Nanti di renung kaki dia mcm pelik benar.. yerla, baru boleh pegang katakan. Agaknya heran dia tengok kaki deebot sendiri. hehehe...

Aql baru belajar pegang kaki.. pegang je. No gigit tau? hehehe

Akhir2 ni dia selalu nangis dalam tido. Nightmare ape agaknya... Agaknya mimpi Mommy melarikan diri xnak bg dia nenen kot. Hahaha.... Tapi aku rasa macam Aql lapar kot sbb tanda2 sudah ade. Yerla, dia kalau tgk org makan bulat sungguh mata, mulut ikut kunyah and menitik air liur... Akhirnya malam tadi aku pun terasa macam nak bg dia makan. Aku pun selongkar peti ais, tgk ada carrot. Carrot puree for Aql!! Tung... tanng.. tung.. tang....  siapla aku blend ape semua untuk disimpan makan esok siang. Tapi Daddy dah xsabar nak tgk anak dia mkn. So, bgla ujung sudu sesudu dua. Bkn main suka dia...

 Hari ini 29 Sept 2011 genap 5bulan 11 hari, dgn rasminya Ahmad Aql Firas diberi makan!! YAHOOOOO....  


First food Aql. Carrot puree... Home made by Mommy











Tuesday, September 13, 2011

Raya 2011 @ Segamat

Salam Aidilfitri... Entry kali saja nak bercerita pasal sambutan raya buat kali pertama dgn permata hati aku Ahmad Aql Firas. Everything always have a first time kan? Perasaan agak teruja dan gembira kerana tahun ini beraya dengan status Mommy... tapi agak sedih sbb xdapat beraya di kampung halaman aku. Ini sebab tahun ini giliran sebelah En. Hubby... Ape2 pun raya tetap meriah!!

Raya kali ni bertemakan coklat gelap (kain baju melayu last year yg xdijahit).  Inilah satu2nya gambar family yang sempat dicapture selepas sesi bermaaf2an di pagi hari raya. Aql mandi pukul 7pagi tu... Ermmm rupenya tahun ni aku terlupa bermaafan ngan Hubby sbb sibuk siapkan Aql, pastu terus sesi bersama keluarga. Hahaha.... "B.. I minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang perkahwinan kita. Kite sebagai manusia tidak pernah sempurna, sentiasa melakukan kesilapan... kan?" hehehe... ayat cover BAIK PUNYE!!
Mommy , Daddy & Aql @ 1st Aidilfitri 2011
 
My prince berbaju melayu


Tahun ini juga merupakan hari istimewa buat adik ipar aku Marissa Ahmad Hamizan... Hari raya keempat merupakan hari pertunangannya bersama Hidayat. Tahniah Icah... Akak doakan semuanya berjalan lancar sehingga hari PENTING menjelma nanti.

In law family... tapi seorang xde. Ahmad Halifi beraya di Jepun
My prince berposing2 di pelamin.... I love u baby!!

Raya tahun ini kire agak meriah sebab ini kali pertama family in law beraya bersama cucu sulong.. dan merupakan anak buah pertama & the ONLY one buat sementara waktu.. hehehe... So, Ahmad Aql sangatla di tatang.. dimanja.. di belai2... Dan menjadikannya SANGATLA MENGADA bila balik KL. 

Erm... sekarang aku dah kembali menjalani kehidupan surirumah... menjaga buah hati aku yang semakin comel dan manja. Okla semua... harap aku ada cerita yang menarik untuk diabadikan di blog aku nanti.