JellyPages.com

Thursday, August 25, 2011

Cornflakes cookies!

Wah.. wah... tajuk macam gempak abis la kan? hahaha.... Sebenarnya ni la kali pertama aku menguli biskut raya. Ini pun atas belas ihsan BFF aku Linda Yusoff yang mengajak aku. Weken hari tu iaitu jatuh pada 21 Ramadhan dan juga 21 August 2011, aku tinggalkan sikecik kat umah dijaga oleh mak ngahnye dan daddynyer.

Selepas siapkan Ahmad Aql, aku dan Linda pun keluar membeli barang2 yang diperlukan untuk membuat 2,3 jenis biskut raya. Ini antara bahan2 yang diperlukan utk membuat biskut cornflakes aku.

Antara bahan-bahan ; telur, tepung, gula aising etc

Sesampai je kitorg kat rumah Linda, kami terus menukar uniform tukang masak yang agak sexy. hehehe.... Sambil memasak sambil bersembang, bergossip. Agak seronok kerana ini adalah pengalaman pertama aku. Byk kali jugak aku digelakkan oleh Linda disebabkan kesengalan aku sendiri. Maklumla... "saya budak baru belajar". Nak tgk x hasilnya??

Taadaa!!

Inilah hasil masakan biskut pertama aku. Walaupun agak keras sikit... tp aku rasa sedap je.. yerla.. aku yang masak kan? mesti la aku kagum dengan kebolehan aku yang xseberapa ni. hehehe... terima kasih kepada Linda sebab memberi tunjuk ajar dan membimbing aku dalam masakan ini.

"Seronok!!"

Tuesday, August 23, 2011

Aql @ 4 months old

Elooo... ada orang ke baca?? Hehehe.... Saja nak citer pasal my little boy yang dah masuk 4 bulan ni. Macam2 perangai... bulan ni xpayah nak kene inject, jadi aku xtau bape kg dah berat manja aku nih. Tapi tgk badan macam naik je. Hehehe.... Xde harapan nak kurus. Sekarang ni Ahmad Aql Firas dah boleh meniarap bila di tolong je. Malas campur berat badan kot. Tapi sekarang ni dia suka meragam... malam2 tdo mengigau, mata pejam tapi nangis2... bg nenen pun kadang xnak benti nangis. Nasibla anak sendiri, nak tak nak mmg aku bgn dan diamkan jugak laa... lagi satu Ahmad Aql dah pandai gelak2 dah sekarang... Nak tgk??

Sorry... dah try upload video tp tak menjadi lak. Maklumla, aku ni tidakla celik IT sangat. Hehehe... Entry kali ni akan ada banyakkk gambar Aql.. semakin hari dah makin bijak... cerdik... Sekarang Aql suka sangat menghisap jari, pastu suka nak bertateh. Tak sedar diri baru masuk 4 bulan... meniarap pun orang tolong, nak bertateh, daddy la yang penat kene layankan Aql. Saksikan la... Buah hati Mommy yang makin membesar dengan sihat dan kuat!!

Aksi hisap jari


Aksi mengamuk Mommy letak kain xbagi hisap jari


Aksi merajuk


Aksi menangis sebab tak mau baring


Akhirnya kepenatan membuli Mommy


"You are my baby boy forever"

Tuesday, August 9, 2011

Puisi hati

Dongak ke langit ku lihat kelam,
Tunduk ke bumi ku nampak suram,
Lalu ku renung sekeliling alam,
Namun sepi mencengkam....

Ok tak aku berpuisi? ke sajak ek? Sendiri pun tak tahu. Hahaha..... Entahlah, sejak dua tiga menjak ni aku bagaikan kosong..... terasa seperti ingin meluahkan sesuatu tetapi buntu ape yang perlu diluahkan.

Boleh x.. ini je untuk entry kali ini? Hahaha....

"Bila hati dan akal berbicara... "


Sunday, August 7, 2011

Akulah penganggur =(

Erm.... Hari ni 7 Ogos bermakna dah 8 hari berpuasa kan?? Aku masih seperti biasa menjalani kehidupan surirumah. Pejam celik pejam celik rupenya dah setahun lebih aku menjadi seorang penganggur terhormat. Ape yang aku rasa ek?? Ermmm... kadang rasa bosan, kadang rasa sangat gembira dapat bersama si kecil aku Ahmad Aql Firas. Tapi kadang terasa juga jurang perbezaan kehidupan lama dan sekarang. Dulu bebas bergerak, dapat berbelanja sesuka hati, dapat bergembira bersama kawan2... i miss that time sooo much. Sekarang aku hanya terperap kat rumah... keluar hujung minggu bersama suami (thanks to hubby).

Sekarang aku sibuk melayani kerenah intan payung aku yg semakin comel, sihat... dah bermacam ragam.. Geram!! Kadang tu menangis teresak2, dukung xmau, main xmau ape semua xmau... rupenya nak masuk bilik!! Mana la Mommy nak faham Aql oiii.. masuk bilik je diam, siap leh senyum gelak2. Comel sangat. Mommy sayang Aql....

Tp sometimes..... i do miss waktu bekerja kat Wangsamaju. Spending time with kawan dan kawan2. Hahaha.... byk sgt kenangan.

Nota-nota yang "terlekat" kat SRSB

Di bulan yang penuh barakah ini... aku berdoa semoga kehidupan aku lebih baik dan beerti dari tahun2 sebelum ini dan paling penting aku dapat menjadi seorang ibu yang baik.

"Ya Allah, murahkan rezeki aku dan bimbinglah hambaMu yang sentiasa leka dgn kehidupan duniawi"