JellyPages.com

Wednesday, July 27, 2011

Aql @ 3 months old

Fuuhhh..... lambat sikit aku update pasal perkembangan terbaru an apple of my eye... Ahmad Aql Firas yg sudah pun berusia 3 bulan pada 18 July 2011. Untuk pengetahuan semua, berat Ahmad Aql sudah mencecah 7.1kg pada 16 July 2011. Dan sebenarnyaaaaaaaaaa.... sudah terlebih untuk umurnya. hehehe.... Aql membesar dgn jayanya hanya dgn air susu aku. Sila lah lihat hasil jagaan aku ni...

Bulat dan tembam kan?

Tapi doktor cakap nothing much to worry sbb he's gonna be busy with his new activities... Sangat seronok aku tgk dia... dan aku xrasa mcm dia "demuk" pun. Hahaha.... Doktor & nurse cakap aku buyers sbb anak sendiri. Am i?? hahaha... xkisahla.. Janji doktor cakap Ahmad Aql Firas sangat sihat.

Nak tau ape perkembangan terbaru Aql?? HISAP TANGAN!! bkn jari je... kalau boleh penumbuk nak masuk mulut. comel jer.... hehehe... Oklah, simanja tu sudah merengek2 manja dah. bukan boleh baring sorang2. MANJA MELAMPAU... hehe.... okla semua, ini himpunan gambar2 gelagat Aql dari kecik sampai skrg...

Gelagat tdo dan hisap tangan Aql


"Be healthy & strong yer my dear?"

Monday, July 25, 2011

Ulangtahun kelahiran yang ke....

Yuhuu.... Happy bday to me! hehehe.. tahun ni kire genapla usia aku 30 tahun... tapi aku tau aku masih nampak muda. hik..hik... perasan. tapi xpe.. kalau itu menyenangkan hati aku kan? hahaha... this year sgt2 xde ape2 celebration. Malam 23 July tu aku mengemas rumah sbb my little angel, Aql Firas tido awal dan aku kurang mengantuk sbb minum cappucino with hazelnet masa jumpa kawan hubby yg bernama AYAM. hahaha... nama betul dia ape ek? Aku xpernah tau...

Lepas mengemas, hubby yg sedang sibuk bermain game ucapkan "HAPPY BDAY SAYANG!" Selesai mengemas aku pun masuk tdo... Esoknya patut nak kuar mkn best sikit... tapi.. xjadi. Mlmnyer hanya keluar mkn satay kajang sambil menonton Malaysia dibelasah Singapura...

Doa aku semoga aku sentiasa sihat, ceria dan dimurahkan rezeki. Dan aku berterima kasih pada ibu aku Sa'diah Abdullah kerana telah melahirkan aku kedunia yg penuh pancaroba ini.


"TERIMA KASIH MEK... ADIK SENTIASA BERDOA SUPAYA KITA SEKELUARGA BERBAHAGIA SENTIASA. I LOVE U!"

Friday, July 1, 2011

1 2 3 4

Erm... En. Hubby selalu nyanyikan lagu ni utk Aql.. Ini lagu nasihat dari Daddy utk Aql.. Bila dihayati lirik lagu ni, mmg cukup bermakna.

Penyanyi : Aris Ariwatan
Tajuk lagu : 1 2 3 4

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

"Always hope the best for Aql"