JellyPages.com

Wednesday, May 29, 2013

My 4th Annyversary

Assalamualaikum........ wah lama giler xtulis dalam blog ni. almaklumla dah bz sangat.
 
Actually my anny dah lama dah, 07 March 2013. tapi disebabkan xde masa nak update, so I will update ape yg dapat diingatia je la.
 
Actually we all tak plan ape2 pun... cuma hari tu disebabkan bgn pukul 7.30am maka secara automatiknya kitorang pun EL. hehehe...


Mommy and Aql going out with Daddy
Agenda pertama, pergi bekfes since dah bersiap untuk ke office. Just mekap2 sikit. Tadaaa.. siapkan Aql dan we all pun bersiap keluar breakfast kat mamak aje.


Aql is having breakfast.
 Aql tengah menyepahkan kedai makan macam biasa. Sangat tak suka makan tapi sangat suka menyepahkan makanan.
 
Dah abis makan dan tengok Aql sepah makanan, kami pun bergerak ke One Utama... Nak tengok movie, nak tengok movie... hehehe. Kami adalah orang terawal yg sampai. Layankan Aql berjalan sana sini.


Cubaan nak drive, tapi kereta kene gari lagi.


Aql dan teletubbies.. cubaan menyanyi bersama.

Happykan bila tengok anak gembira. Walaupun our anniversary, tapi tumpuan lebih diberikan pada buah hati kami yg sorang ini.. Dan we all pun beli tiket tengok cerita.... ape ek? hahaha.... tua sudah. Haaaaaaaaaa... Iron man! Sementara menunggu nak masuk cinema, kami layan Aql bermain kat indoor playground selama sejam lebih.
 
Tadaaaa.... masa menonton. Syyp!! Aql akhirnya tewas selepas separuh jalan. tidur dengan lenanya.. Alhamdulillah, dapat menonton secara tenang. hehehe.......


3 of us.. watching movie
 Selepas menonton, aku hadiahkan Daddy pen. Ini semua kes dia pernah merungut pen asek hilang. Ini aje termampu.


For him.

Tamat!
 
Ini aje la sambutan kami pada hari tersebut. Doaku pada Ilahi, Semoga perkahwinan kami sentiasa diberkati dan dilimpahkan rahmat, rezeki, dan dilindungi oleh Allah s.w.t

 
"YA ALLAH, KAU JAGALA RUMAHTANGGA kami SEMOGA MENDAPAT RAHMAT DARIMU"

Thursday, January 24, 2013

Bukan rezekiku.....

Assalamualaikum...
(Woiiiii... ini cerita sudah basi la!! Haha... tapi tetap mahu selitkan jugak, buat tatapan dimasa hadapan)
 
23 sept 2012, seperti biasa checkup untuk 2nd time tapi disebabkan aku bleeding agak teruk kali ni... Seperti satu tamparan hebat bila doktor scan, hanya ada "karung" yg tiada berisi.  Kemudiannya satu temujanji dibuat utk melakukan DNC keesokkan hari di kliniknya.

24 Sept 2012, Me & Hubby ke klinik doktor tersebut yg terletak tidak jauh dari rumah kami. Walaupun sakit, takut dan sedih... Aku masih sempat nak melawa. Xcaya? tgk la gambar aku kat bawah ni... Weee!!
Ala-ala syok sendiri tau pakai cantik2. Cantik x? Hahaha...
Perasaan time ni? xpayah nak cakap la. Jantung berdegup kencang, tangan sejuk menggigil tapi alhamdulillah Hubby tetap disebelah memberi kata-kata semangat buat ku.... Setelah menunggu hampir dua jam, aku diberi makan pil, setengah jam kemudian darah mula mengalir dan aku dibawa masuk ke ward di masukkan ubat dan diberi sepersalinan baju.
Inilah ward sementara menunggu waktu dan saat untuk 'melepaskan' ia.

Tadaaa! Set persalinan sebelum dipengsankan.
 
Setelah hampir 3 jam iaitu 4.20pm, aku dibawa ke bilik operasi dan dicucuk ubat tahan sakit dan ubat tidur. Sesedar jam sudah menunjukkan pukul 7.45pm. Aku dipapah ke kereta. Alhamdulillah sakitnya tidak sesakit yg aku fikirkan..

Semasa didam ward sempat aku meminta maaf dgn adik andai ada kata2 dan perbuatan aku yang menyebabkan adik xlama didalam rahim aku. Semoga ini adalah terbaik untuk kami sekeluarga kerana Allah lagi mengetahui ape terbaik untuk hamba2nya....
 
"YA ALLAH, ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBA MU... AKU REDHA DENGAN SEGALANYA..........."


Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua.... wah!! Dah berhabuk, bersawang dan bermacam2 ber lagi la... Lama giler tak meng'update' blog ni...

Alasan biasa adalah :
1. Malam hari : Tiada masa disebab malam aje busy ngan aktiviti housewife
2.Siang hari :  Busy ngan keje.. tambah kat opis memang blog di'BLOCK'.. so tiada masa la maksudnya tu.
3. Weken : Weken pulak??? Seminggu ada 6 hari bekerja... Ahad tu la semua benda nak buat. Nak bwk Aql jalan la, keluar shoppingla...


Selamat MENYAMBUT MAULIDUR RASUL kepada semua umat Islam. Teringat zaman sekolah dan belajar ada sambutan... meriah sangat dapat selawat beramai2... tapi esok?? Adalah BEKERJA!!!

Banyak sangat nak update ni.. tapi len kali la yer. See yaa!!