SELAMAT HARI RAYA semua.... Assalamualaikum!!
Amacam sambutan raya korang kali ini? Banyak xberhabis untuk raya? Banyak dapat duit raya? Banyak bagi duit raya? hehehe..... Hari raya ni, budak2 la yang paling hepi kan? Yerla.. dapat kutip duit raya...
Sambutan raya tahun ini memang penuh makna utk kami sekeluarga.
Sebab pertama adalah :
JENG...JENG...JENG....
Alhamdulillah.... rezeki bulan puasa. Hehehe... Rancangan asal nak preggy lepas Ahmad Aql Firas berumur 3-5 tahun. Tapi bak kata orang, REZEKI jangan ditolak. Kami sekeluarga sangat gembira!!
Sebab kedua adalah :
BERAYA DI KELANTAN =)
Bergaya dengan Rayban Daddy selepas muntah |
Seronok bukan main tau! Yerla bukan selalu dapat balik kampung Kelantan. Almaklumla... busy dan kene berlaku adil untuk dua family. Bukan main gembira Aql dalam perjalanan pulang ke kampung... gembira sebab naik kereta bersama Mommy & Daddy bukan dia paham balik kampung pun lagi. Kami bergerak dari Sri Gombak pada 18 August 2012 jam 10.00am dan sampai di rumah bonda sekitar jam 8.00pm. Kirenya perjalanan kali ni tidakla jem sangat. Sepanjang 10jam perjalanan, Aql Firas muntah 2 kali, mungkin sebab mabuk dengan jalan yg tidak sekata dan Daddy yg tetiba mood racing. Tapi Alhamdulillah, lepas muntah, Aql Firas ok aje. Singgah masjid solat dan mandi sebelum meneruskan perjalanan.
Sebab ketiga adalah :
BERAYA bersama FAMILY
Inilah anak teruna yang masih kepenatan sebab malam tadi mengamuk sampai 3.30am. Orang lain semua dah siap berpakaian cantik, dia masih tido. Hehehe.... Tapi disebabkan Mommy xsabar nak tgk Aql Firas berbaju melayu, memang kene angkat ke bilik air jugak la. Ngamuk lagi dia... hahaha...
Patut semua tangkap gambar kat dalam rumah aje... tapi tgkla sikecik ni, tak mau bergambar sbb nak main aje. So, terpaksa family kitorang ni special sikit. Hehehe....
Tengah mengamuk nak main |
Kitorang aje dapat sesi outdoor ni... ini pun nasib photoographer tu nephew sendiri. Dilayankan aje sepupu kecik dia nih...
Memang nak dicampak aje songkok tu... bukan nak pakai. Tgkla muka Aql Firas yg berpeluh-peluh sebab dialah paling sibuk bermain kat laman bersama sepupu dan sanak saudara yang lain.
Saja pusing kampung bawak Aql Firas naik motor. Bukan main gembira... Dah sampai umah pun xmau turun.
Kepada semua kenalan saya & keluarga diluar sana, diharap anda semua dapat memaafkan kami sekeluarga andai ada tersalah kata, terkasar bahasa. Kami sebagai insan kerdil tak lepas dari melakukan kesilapan..... Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi dan dilimpahi rahmat dari Yang Esa.
"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM. "