JellyPages.com

Saturday, September 22, 2012

Wedding Marissa & Hidayat

Tanggal 8 Sept 2012 adalah tarikh keramat buat Marissa & Hidayat. Setelah dihalangi berbagai cabaran dan dugaan sepanjang tempoh beberapa tahun perhubungan, akhirnya jodoh tetap milik mereka.... bak kata pepatah "kalau dah jodoh tak kemana".
 
Alhamdulillah... bersyukur sangat akhirnya mereka disatukan didalam majlis yg cukup indah dan sempurna. Jom kite tgk gambar!!
 

7 Sept 2012
Khatam Al-Quran & Karaoke
Manis aje bakal pengantin di malam Khatam Al-Quran kan?

Dengan pakaian serba putih.... Suci sangat!!

Posing2 time untuk pengantin.... Sekali seumur hidup aje kan?
Ape lagi?? Lepas khatam Al-Quran, bermula la majlis berposing2 seorang diri bakal pengantin perempuan ni... Bukan selalu leh wat aktiviti ni kan? Cantik...........

Jom nyanyi! Hubby memang minat nyanyi walaupun suara biasa2 aje..
Orang sibuk bergambar kat dalam, hubby dah sibuk berkaraoke bersama anaknya kat depan. Hehehe... nyanyi la selagi mau b!! Kat umah kite xde set karaoke... hehehe.. lepaskan la gian kamu tu... hehehe....
I pun nak jgk interframe... Bergambar dengan Irah (youngest SIL) dan my cutie pie.
Mommy pun nak jugakkkkkkkkkk... dah memang i ni kaki bergambar. hahaha... sendiri offer nak ambik gambar tau x? Penat Mommy mekap2 malam tu... hahaha....
 
Day after...
8 Sept 2012
Seri pengantin jelas terpancar kan?
Cantik kan andam ni mekap dia? Naik seri wajah... Mekap pun xover, cukup untuk buat pengantin kelihatan berseri... Opss!! Ini gambar baju akad nikah.. Sweetkan dia?
Semoga dapat jadi "Suri" di hati suami

Dah sah jadi suami orang tu!! Harap dapatla bimbing keluarga ke jalan yg diredhai Allah. 

Semoga dapat jadi "Pemimpin" keluarga
Dah sah jadi isteri orang!! Weehuuuu!!! Tanggungjawab pun bertambah... Harap dapat jadi isteri dan ibu yg sempurna buat suami & bakal anak2 ok?
My BFF during ASASI dulu... tapi sorang xdak! We are totally diff but still can be a good friend until now.
Memang aku dah sangka pun Amie akan datang!! Hahaha... rumah mertua dia dekat aje. Tgk masing2 ngan anak dan anak2.. kalah aku.. Nak kejar ke x?? Hehehehe....

Ok! Ok! I perasan cun lepas touch up sendiri. Hehehe... tapi xnampak pun kan?
Cun x? Cun x? Jawapan hanya "Ya! Cun sangat!". Hahaha.... Xnampak baju yg cantik tu..

9 Sept 2012
Melaka

Ahmad Aql Firas & Aqeel Zayyad
Ini lak gambar dua budak cute... nama sama tapi ejaan lain. Mak pun nama nak sama Noor Azidah & Nor Azlida. Hehehe... My BFF since 14 yrs old. Disebabkan mak2 dah berpakaian xlawa, so ambik gambar anak jerla... Singgah Melala on the way balik KL lepas majlis esoknya..

15 Sept 2012
Majlis Bertandang

Majlis bertandang di Felda Kahang.
Ayah tengah sakit perut... Kesian dia xdapat nak meraikan dengan gembira sbb menahan sakit perut yg agak teruk.
Berarak ke rumah pengantin lelaki.. itu mertua i. Cantikkan dia?

My sweetheart.... Love u both!!


"CINTAI & SAYANGI PASANGAN ANDA... JANGAN PERNAH CUBA MEMBERI RUANG UNTUK MENCINTAI INSAN LAIN" 



 

Monday, September 10, 2012

Persinggahan di Terengganu

Peewiitt!!! Selesai sudah beraya kat kampung sampai raya ketiga. Suka yang amat sangat... Hari raya ketiga bersamaan 21 Aug 2012 kami bertiga bertolak balik ke Kuala Lumpur. Memang dah dirancang untuk singgah bermalam di Terengganu.

Selepas selesai makan open house kat umah my sister, kami teruskan perjalanan kami... Keadaan jalan?? Boleh tahan la jammed... Mungkin orang masih sibuk nak beraya kan? Tapi kami tetap bersabar didalam kereta yg bergerak perlahan2 berpandukan GPS.

Setelah hampir 6 jam, barulah kami sampai di Kuala Terengganu area Pantai Batu Burok. First destination check in Chalet Pantai Batu Burok. Arghhhhhh!! Semua full. Last minute plan... mmg kami tak booking awal2. Last sekali kami dapat satu hotel area Pantai Batu Burok jugak Ming Star Hotel. Okla... not bad. Bolehlaaaa... walaupun tepi jalan raya. hehehe....


Okla. Jom tgk gambar aje la...

Kepenatan mengamuk kat rumah mama (my sister). On the way ke Terengganu.
Me & hubby. Qeqe kan tido kat belakang tu.
Gelagat kecik kat KFC. Singgah makan di Kuala Berang
Dua-dua baru bgn tido. Baru nak masuk ke Taman Tamadun Islam
Nak masuk Taman Tamadun Islam kena ada passport tau. Ini la passport kami.
Naik TTI River Cruise

Always busy with his own agenda. Makan dulu sebelum masuk melihat replika2 Masjid.

One happy family
Us again
Again
Nak mandi, tapi rupenya kat Pantai Batu Buruk ni xboleh mandi.
Having a great time

Ohh no!! Mandi ngan ais kat kedai makan..OTW balik KL..
 Ini aje la pecutian/persinggahan dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Niat nak mandi pantai xkesampaian. Tapi tetap hepi melayan buah hati bermain.

"Love u is a must!"

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012

SELAMAT HARI RAYA semua.... Assalamualaikum!!
 
Amacam sambutan raya korang kali ini? Banyak xberhabis untuk raya? Banyak dapat duit raya? Banyak bagi duit raya? hehehe..... Hari raya ni, budak2 la yang paling hepi kan? Yerla.. dapat kutip duit raya... 
 
Sambutan raya tahun ini memang penuh makna utk kami sekeluarga.
 
Sebab pertama adalah :
JENG...JENG...JENG....
 

I'm pregnant!!
Alhamdulillah.... rezeki bulan puasa. Hehehe... Rancangan asal nak preggy lepas Ahmad Aql Firas berumur 3-5 tahun. Tapi bak kata orang, REZEKI jangan ditolak. Kami sekeluarga sangat gembira!!
 
Sebab kedua adalah :
BERAYA DI KELANTAN =)
 


Gelagat Mommy & Aql yg gembira dapat balik Kelantan
 

Bergaya dengan Rayban Daddy selepas muntah


Seronok bukan main tau! Yerla bukan selalu dapat balik kampung Kelantan. Almaklumla... busy dan kene berlaku adil untuk dua family. Bukan main gembira Aql dalam perjalanan pulang ke kampung... gembira sebab naik kereta bersama Mommy & Daddy bukan dia paham balik kampung pun lagi. Kami bergerak dari Sri Gombak pada 18 August 2012 jam 10.00am dan sampai di rumah bonda sekitar jam 8.00pm. Kirenya perjalanan kali ni tidakla jem sangat. Sepanjang 10jam perjalanan, Aql Firas muntah 2 kali, mungkin sebab mabuk dengan jalan yg tidak sekata dan Daddy yg tetiba mood racing. Tapi Alhamdulillah, lepas muntah, Aql Firas ok aje. Singgah masjid solat dan mandi sebelum meneruskan perjalanan.
 
Sebab ketiga adalah :
BERAYA bersama FAMILY
 

10.30am masih tido
 
Inilah anak teruna yang masih kepenatan sebab malam tadi mengamuk sampai 3.30am. Orang lain semua dah siap berpakaian cantik, dia masih tido. Hehehe.... Tapi disebabkan Mommy xsabar nak tgk Aql Firas berbaju melayu, memang kene angkat ke bilik air jugak la. Ngamuk lagi dia... hahaha...
 
 

Tengah mengamuk nak main







Patut semua tangkap gambar kat dalam rumah aje... tapi tgkla sikecik ni, tak mau bergambar sbb nak main aje. So, terpaksa family kitorang ni special sikit. Hehehe....
 

Sesi outdoor
Kitorang aje dapat sesi outdoor ni... ini pun nasib photoographer tu nephew sendiri. Dilayankan aje sepupu kecik dia nih...
 

Hemsem x sikecik lengkap berbaju melayu?
Memang nak dicampak aje songkok tu... bukan nak pakai. Tgkla muka Aql Firas yg berpeluh-peluh sebab dialah paling sibuk bermain kat laman bersama sepupu dan sanak saudara yang lain.
 
 

JOM MERENDEK!!
 Saja pusing kampung bawak Aql Firas naik motor. Bukan main gembira... Dah sampai umah pun xmau turun.
 
Kepada semua kenalan saya & keluarga diluar sana, diharap anda semua dapat memaafkan kami sekeluarga andai ada tersalah kata, terkasar bahasa. Kami sebagai insan kerdil tak lepas dari melakukan kesilapan..... Semoga kita semua sentiasa diberkati Ilahi dan dilimpahi rahmat dari Yang Esa.
 
"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM. "
 
 

Monday, July 23, 2012

My Birthday!!

Assalamualaikum.... Cewahhh! Macam sopan kan? Memang la uSHi ni sopan. Hehehe.... Malam ni xde ape nak citer! Today is my birthday...

Terima kasih utk ibu yg telah melahirkan & menjaga saya sehingga berjaya dengan ape jua yang saya ada sekarang..... Terima kasih juga kepada arwah ayah yg sentiasa memanjakan diri ini sepanjang hayatnya... Tak lupa juga terima kasih buat Mr. Hubby yg sentiasa bersabar dengan kelemahan saya seperti suka marah, cepat terasa hati, cepat meletup, bercakap sebelum berfikir.... I love u B!! Buatt sikecik tersayang, Ahmad Aql Firas.... Mommy love u! Kepada keluarga & kawan2.... Terima kasih kerana menyanyangiku.

Blueberry cake. Sedap!!


"Thank you for loving for who i am"

Thursday, July 19, 2012

Little Tiger

Salam... Rajin tak saya mengupdate blog sekarang? hehehe... nak tau kenapa? Sebab sekarang projek tgh idle, so ada la masa nak mengupdate blog ni... Kalau kat rumah mmg jangan harap la. Opss... Jom kite ke tajuk sebenar..

LITTLE TIGER?? ape tuh?? Hehehe.... Ahmad Aql Firas dan custome tiger laaa... Jom kite start dari awal yer?

15 July 2012, kami ke klinik sebab Qeqe xberapa sihat, tapi xdemam.. Cuma ada bintik2 kat tangan & kaki dia dan sikit ulser dalam mulut dia. Dia xnak makan sangat.. itu yang bawa keklinik. Doktor cakap memang dia kene HFM Disease. Tapi disebabkan Qeqe memang pantang duduk rumah kalau kitorang ada, jadi kami pun membawa dia ke ZOO NEGARA.

Mommy & Qeqe
Biasalah, Mommy mmg kurang gambar ngan Aql Firas. Daddy xsuka snap gambar.. Ini pun snap sendiri. Hehehe... Janji comel! hik..hik... 

I LOVE BOTH OF YOU SO MUCH!!
Jom bergambar depan entrance!! Buat kenangan sebelum memulakan perjalanan didalam sana... =) Mommy xde dalam gambar pun xperlah.

Qeqe dan tongkat sakti

Habis semua benda dia nak ketuk2.. Gelagat Qeqe agak menarik perhatian ramai pengunjung jgk la. Ada yg datang nak tarik ekor la, telinga la, ikut kat belakang dia la..... memang sangat tak reti diam.


Gelagat Qeqe bila malas nak pegang makanan

Ini la gelagat budak yang terlalu manja. Nakal memang tak hingat. Semua tempat nak dipanjat, lalu depan orang, berhenti tgk orang sembang laa.. penat Mommy mengikut dari belakang.... Last2 bg dia makan nugget. One of his favourite food.

Muka Qeqe sangat xikhlas bergambar ngan Mommy
Sementara menunggu persembahan bermula. Paksa Daddy ambik gambar Mommy dan anak kesayangan.


Daddy is worried about his son's health
Runsing Daddy tengok telatah anak yang sangat aktif... dan jugak risau dengan kesihatan Qeqe. Tapi suka sangat gambar ni... macam ala2 terer gitu... hehehe.... 


Daddy & Qeqe makan twisties perisa tomato

Ini aksi-aksi Qeqe & Daddy sambil menonton persembahan... Sebab xreti diam, Daddy umpan dgn Twisties. His first day with junk food. Mommy xsuka, tapi terpaksa sebab dah xlarat. Bukan makan sangat pun, lebih suapkan Daddy dan main aje.  

Tgk ikan
 Lepas tgk persembahan, masuk akuaria lak. Daddy tengah tunjukkan ikan-ikan pada Qeqe. Jakun jgk dia tgk ikan kat dalam tu. Yang kelakar... nak tangkap ikan dalam akuarium tu. Semua pun benda baru pada Ahmad Aql Firas.  


So sweet... seiring seirama

 Dah kene ajak balik... Daddy dah xlarat ikut Qeqe berjalan kesana sini dengan mulut non stop bersembang.  


Sedang mengamuk nak masuk kat kedai cenderahati

 Masih mahu bermain kat dalam... Suka sangat dapat berjalan bebas kat dalam Zoo Negara sampai ajak balik pun xmau. 

Muka budak demam
Next day, Qeqe pun demam. Walaupun tak panas sangat... tapi Mommy & Daddy sangat risau sebab dah sah terkene HFM Disease

Alhamdulillah... hari entry ini ditulis, Ahmad Aql Firas dah kembali sihat dan ceria dengan perangai barunya yang agak panas baran dan suka merajuk...

Always put a smile on my face

"I promise to be there for you, whenever you need me"

Saturday, July 14, 2012

IJM Dinner 2012

Assalamualaikum semua....

Ops!! Janji nak wat entry bday Qeqe... tapi masih xsempat sbb gambar kek ada pada phone hubby la. So hari ni ape kata saya wat entry pasal dinner IJM.

Tema dinner adalah HOT ASIA. Memang kitorang xde idea macam mana nak cari baju tau. Tarikh pulak 7 July 2012. Errr.. tak silap jatuh pada hari ulangtahun perkahwinan Jade. "JADE!! HAPPY ANNYVERSARY!!". Sure Jade xtahu saya wish sebab diorg xtahu saya ada blog. hehehe....Ops!!  Lokasi pulak di One World Hotel.

Agak excited nak join dinner company since my last dinner mcm ni during my UM study kan? Lama jgk nak mencari dress la, kasut la, clutch la, tudung la, accessories la... macam2. Biasanya during lunch we all akan survey kat Ampang Park atau KLCC. Tapi last2 banyak beli kat tempat lain jugak...

Tadaaaaaaaaaaa.... ini lah hasil yg saya dapat dan kirenya inilah penampilan saya malam itu.

Dress & Belt tajaan Nichii, Handbag & Gelang tajaan kedai cina Time Square, sandal tajaan Lucci, Tudung tajaan gerai kat ampang park, accesorries lain tajaan Vincci (tajaan duit sendiri okeyyy)
Malam tu takde ape sangat pun... kalau ikutkan orang2 lama, this year punya dinner mcm sangat kurang best. Tapi saya xkisah, janji dapat bergembira bersama kawan-kawan. Bukan selalu dapat keluar bujang. hehehe.... jom saya kenalkan kawan-kawan saya.

Me & Ann Tan

Ann Tan, Assistant Manager (Contract Department). Cheeful & talkative.

Jade & Me
Jade, juga Assistant Manager (Contract Department). Nampak macam pendiam... tapi bila dah close, she will turn to naughty one!!

Me & Azmeen
Nur Azmeen, QA/QC Engineer. Agak pendiam, xsuka bercakap... tapi bila mood dia ok, kelakar & nakal jugak.

Reveethee & Me

Reveethee, Administrator Officer. Friendly, talkative but very fierce.Cubalah kalau berani nak tgk macam mana dia mengamuk. hehe...

Inilah kawan2 saya di IJMC untuk Platinum Park Phase 3. Kitorang kirenya macam 1Malaysia la, sbb semua bangsa berkawan. Hope, our frienship will never end even we are not in the same project later... XOXO!!