Uhuk..uhuk...... Jumaat 14 Sept 2011 Hubby msg tanya nak makan ape.. Tekak ni terasa lak nak makan nasi goreng ayam. Ambik kesempatan xmasak sebab xde lauk kat umah. Pukul 4 lebih Hubby sampai umah sbb ada site visit yg dekat umah membawa makanan yg dipesan 2 nasi goreng ayam, 1 char kue teow. Aku ape lagi, makan jerla. HABIS.. sedap lak rasanya kan? Hubby macam biasa layankan buah hati kami Ahmad Aql Firas sebelum start online game. Senja Hubby lak makan nasi goreng ayam, aku makan char kue teow. Bla..bla.. esok pagi Hubby bgn pagi nak solat tiba aku terdengar BUEKKKKKKKKKKKKK..BUEKKKKKKKKKKKKKK.. muntah teruk!! Aku sebagai isteri pun tanyala ape dia makan pagi semlm.. yerlah, aku ok je kan? Lepas makan thari.. tetiba aku rasa pening je kepala. Satu family tdo.. Hubby sbb dah xlarat. Aku sbb pening... tiba2.. aku pulak yg muntah. SAH!! nasi goreng ayam semlm ni.... Memang keletihan, badan sengal, kepala pening.. Ptg satu family ke klinik ambik ubat dan injection 6bulan Ahmad Aql Firas. Ahad kami cuma terbaring je.. makan sup sayur & telur dadar sahaja... Xsangka teruk penangan keracunan makanan. kepada tukang2 masak, peniaga2.. SILA JAGA KEBERSIHAN. Jangan jadi penyebab org lain kesakitan.. =( tapi syukur Ahmad Aql Firas sihat.
Sampai hari ni, batuk aku masih teruk.. tulang rusuk sakit jer.. malam xleh tdo lena.
YaAllah, cepatla sembuhkan penyakit hambaMu ini.