JellyPages.com

Tuesday, October 18, 2011

Keracunan makanan dan batuk2

Uhuk..uhuk...... Jumaat 14 Sept 2011 Hubby msg tanya nak makan ape.. Tekak ni terasa lak nak makan nasi goreng ayam. Ambik kesempatan xmasak sebab xde lauk kat umah. Pukul 4 lebih Hubby sampai umah sbb ada site visit yg dekat umah membawa makanan yg dipesan 2 nasi goreng ayam, 1 char kue teow. Aku ape lagi, makan jerla. HABIS.. sedap lak rasanya kan? Hubby macam biasa layankan buah hati kami Ahmad Aql Firas sebelum start online game. Senja Hubby lak makan nasi goreng ayam, aku makan char kue teow. Bla..bla.. esok pagi Hubby bgn pagi nak solat tiba aku terdengar BUEKKKKKKKKKKKKK..BUEKKKKKKKKKKKKKK.. muntah teruk!! Aku sebagai isteri pun tanyala ape dia makan pagi semlm.. yerlah, aku ok je kan? Lepas makan thari.. tetiba aku rasa pening je kepala. Satu family tdo.. Hubby sbb dah xlarat. Aku sbb pening... tiba2.. aku pulak yg muntah. SAH!! nasi goreng ayam semlm ni.... Memang keletihan, badan sengal, kepala pening.. Ptg satu family ke klinik ambik ubat dan injection 6bulan Ahmad Aql Firas. Ahad kami cuma terbaring je.. makan sup sayur & telur dadar sahaja... Xsangka teruk penangan keracunan makanan. kepada tukang2 masak, peniaga2.. SILA JAGA KEBERSIHAN. Jangan jadi penyebab org lain kesakitan.. =( tapi syukur Ahmad Aql Firas sihat.

Sampai hari ni, batuk aku masih teruk.. tulang rusuk sakit jer.. malam xleh tdo lena. 

YaAllah, cepatla sembuhkan penyakit hambaMu ini.

Tuesday, October 4, 2011

1 Oktober 2011


Salam semua...
Macam kehabisan idea macam mana nak stat tulis nih. Hehehe....

Kisah 1 begini.. Aku nak ucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada sepupu kesayangan aku Siti Hasanah kerana telah mengakhiri zaman bujangnya pada 29 Sept 2011 dan majlis persandingan pada 1 oktober 2011. "Nah, maafkan aku sbb xdpt balik disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan... Sorry yer?".

Cantikkan? Wish u have a  happy life forever with him

Kisah 2... Ahmad Aql Firas berumur 5bulan 13hari pada tanggal 1 Oktober 2011 dan mendapat dua injection. Mmg aku dah tahu dia kan mendapat dua injection tapi aku xsangka yang Ahmad Aql Firas akan menangis sampai mcm tu sekali. Agaknya sakit betul la tu... daddy la tukang pujuk selepas bontotnya disuntik oleh doktor. Cuba tgk... airmata meleleh wpun aku dah pujuk dgn senjata utama iaitu nenen.

Tgk... airmata bergenang lagi wpun dah masuk kereta

Kisah 3... Arini merupakan hari lahir ibu mertua aku, my besfren Jue dan nephew aku. Nephew aku tu leh la aku wish kat FB, tapi mertua aku tu... aku manala tahu kan... Hubby pun lupa. hehehe... InsyaAllah tahun depan aku akan wish kat ibu mertua aku. "Mak, selamat hari lahir. Semoga mak sentiasa sihat dan gembira bersama keluarga kita".

Love u all